KUALA LUMPUR: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia merosot sebanyak 4.5 peratus pada suku ketiga tahun 2021.
Penurunan itu disumbang pelaksanaan semula langkah pembendungan COVID-19 yang ketat di seluruh negara pada Julai lalu.
Bagaimanapun, Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, ekonomi Malaysia tahun 2021 masih kekal pada landasan untuk mencapai unjuran 3 hingga 4 peratus.
"Memandang ke hadapan, pertumbuhan dijangka terus bertambah baik kepada 5.5 peratus kepada 6.5 peratus pada 2022.
“Unjuran adalah berdasarkan faktor berikut. Pertama, kelonggaran langkah pembendungan secara beransur-ansur akan terus menyokong perkembangan semula aktiviti ekonomi. Kedua, pemulihan berterusan dalam pasaran buruh apabila aktiviti ekonomi bertambah baik.
“Ketiga, peningkatan dalam aktiviti pengeluaran dan pembinaan yang didorong oleh projek utama. Keempat, sokongan dasar yang berterusan dan kelima, pertumbuhan berterusan dalam eksport disokong oleh permintaan luar yang kukuh,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media secara maya hari ini, yang turut disertai Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.
BACA: Bajet 2022: Zafrul yakin unjuran KDNK mampu dicapai, selaras unjuran IMF, Bank Dunia
BACA: Unjuran pertumbuhan KDNK 2022 Malaysia dinaikan kepada 5.0 peratus - Moody's Analytics
Dalam pada itu, beliau berkata peningkatan berterusan dalam pasaran buruh akan menjadi kunci untuk menyokong pemulihan negara pada masa hadapan.
“Berdasarkan petunjuk terkini, keadaan telah bertambah baik sejak Julai 2021 di ketika penarikan secara beransur-ansur sekatan pergerakan.
“Bagi suku ketiga secara keseluruhan, tahap pekerjaan meningkat sebanyak 67,500 orang berbanding dengan, ada merosot kepada kira-kira 29,200 orang pada suku sebelumnya manakala kadar pengangguran meningkat sedikit kepada 4.7 peratus.
“Data PERKESO juga menunjukkan sedikit tambah baik dalam tuntutan pengangguran dan kadar penggantian kerja pada bulan Ogos yang berterusan pada bulan Oktober selepas penurunan sementara pada bulan September, ujarnya.
Tambah beliau, menjelang tahun 2022, pihaknya menjangkakan pemulihan berterusan dalam pasaran buruh.
Jelasnya, perkembangan positif itu selaras dengan kadar vaksinasi Malaysia yang tinggi dan kelonggaran dalam SOP COVID-19.
Ridauddin Daud
Fri Nov 12 2021
Menurut Nor Shamsiah, peningkatan berterusan dalam pasaran buruh akan menjadi kunci untuk menyokong pemulihan negara pada masa hadapan. - Gambar fail BERNAMA
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Ekonomi Malaysia menguncup 4.5 peratus pada suku ketiga 2021
Bagaimanapun, Gabenor BNM berkata, ekonomi Malaysia tahun 2021 masih berada pada landasan untuk mencapai unjuran 3 ke 4 peratus.