KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Equities Research mendapati para pelabur bimbang mengenai alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) SP Setia Bhd. akan memberi kesan kepada kos premimum bagi pendapatan dan ketersediaan ekosistem bangunan hijau.
Ini berikutan daripada sesi taklimat ESG baru-baru ini dengan pengurusan SP Setia yang mana kumpulan sedang membangunkan hala tuju ESG, dijangka diumumkan pada 2022.
Penganalisis CGS-CIMB, Ngo Siew Teng berkata, kebimbangan itu juga termasuklah dari segi ketersediaan kumpulan dan sektor pembinaan untuk menerima bangunan hijau, kos bangunan hijau yang kemungkinan lebih tinggi dan ketersediaan kepakaran/bahan binaan hijau di Malaysia.
Katanya, di bawah strategi kemampanan SP Setia, kumpulan akan berusaha untuk memastikan hartanah komersial seprti menara korporat atau pejabat memiliki pensijilan penarafan bangunan hijau seperti Indeks Bangunan Hijau (GBI).
"Berdasarkan kepada pengalaman SP Setia mereka bentuk dan memperoleh pensijilan hijau bagi bangunan-bangunannya, kami percaya kumpulan akan mendapat manfaat daripada permintaan tinggi bangunan yang diperakui hijau pada masa hadapan.
"Ini terutamanya melibatkan bangunan komersial dan perindustrian memandangkan lebih banyak syarikat akan mempertimbangkan pensijilan bangunan hijau sebagai ruang baharu pejabat mereka dalam usaha mengurangkan pelepasan karbon," katanya dalam nota kajian pada Selasa.
Ibu pejabat korporat SP Setia merupakan pejabat milik persendirian pertama dan bangunan ketiga di Malaysia yang memiliki pensijilan Platinum GBI dan Platinum GreenRE.
Dalam kawasan yang sama, Pusat Konvensyen Setia City merupakan pusat konvensyen yang pertama diperakui GBI.
Menurut Siew Teng, para pemaju digalakkan untuk menggunakan sistem bangunan perindustrian (IBS) sebagai amalan pembinaan mampan bagi mengurangkan pembuangan dan pelepasan sisa.
SP Setia mempunyai kemudahan IBS di 3 lokasi di Lembah Klang yang mengkhusus dalam pembinaan pangsapuri bertingkat tinggi, rumah bertanah IBS dan bangunan komersial menggunakan teknologi pratuang. Malah, kebanyakan projek bertingkat tingginya menggunakan IBS.
Di samping itu, kumpulan juga menerima anugerah bagi pencapaian skor IBS tertinggi di Malaysia pada 93.95 pada 2019.
"Kami juga mendapati bahawa tidak semua pemaju memiliki kapasiti pembuatan IBS secara dalaman dan SP Setia adalah antara pengguna terawal," tambahnya.
Firma penyelidikan itu bagaimanapun mengekalkan saranan 'tambah' bagi saham SP Setia dengan harga sasaran dinaikkan kepada RM1.82 berbanding RM1.42 sebelum ini.
CGS-CIMB juga yakin terhadap bank tanah SP Setia yang besar dapat memenuhi perubahan dalam pilihan pengguna, menambah baik tahap gearan bersih bagi tahun kewangan 2021-2023 dan mendapat manfaat daripada peningkatan permintaan terhadap bangunan hijau berdasarkan kepada pengalaman kumpulan.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Wed Nov 17 2021
Ibu pejabat korporat SP Setia merupakan pejabat milik persendirian pertama dan bangunan ketiga di Malaysia yang memiliki pensijilan bangunan hijau. - Foto DagangNews.com
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Bursa gantung jualan singkat SP Setia
Bursa Malaysia menggantung jualan singkat SP Setia Bhd bagi baki tempoh hari ini selepas penyusutan harga yang ketara.
SP Setia yakin dapat mencapai sasaran jualan keseluruhan FY2022
Jualan terutamanya daripada projek tempatan, yang menyumbang RM2.34 bilion atau kira-kira 87 peratus.
SP Setia dijangka lancar projek baharu dengan GDV RM4.25 bilion bagi FY2022
Sebahagian 58% daripada projek baharu itu melibatkan projek pembangunan hartanah di bawah harga RM1 juta.
SP Setia, Sime Darby Property dalam kedudukan terbaik raih manfaat daripada pembangunan hijau
Secara keseluruhan, CGS-CIMB mengekalkan saranan 'neutral' bagi sektor hartanah.
Ekosistem bangunan hijau jadi kebimbangan pelabur ESG terhadap SP Setia
Ibu pejabat korporat SP Setia merupakan pejabat milik persendirian pertama dan bangunan ketiga di Malaysia.
Bangunan tiba-tiba bergegar, bergoyang sebelum runtuh - Saksi
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri, termasuk beliau.
Runtuhan jejambat: DOSH arah pemaju henti kerja
Pemaju projek pembinaan jejambat pejalan kaki berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar, di sini diarah menghentikan serta-merta kerja mereka susulan insiden runtuhan struktur berkenaan, ha
Konkrit runtuh di KL Eco City: Seorang maut, lima cedera
Sekurang-kurangnya satu mayat telah berjaya dikeluarkan dari tapak nahas konkrit runtuh di kawasan pembinaan berdekatan KL Eco City di Bangsar.