awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ops Tiris bongkar ketirisan, rampasan cecah RM179 juta
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Eksport minyak sawit susut 10.52 peratus, pengeluaran MSM merosot 4.48 peratus pada Jun

Bernama
Bernama
10/07/2025
08:30 MYT
Eksport minyak sawit susut 10.52 peratus, pengeluaran MSM merosot 4.48 peratus pada Jun
Negara menghasilkan 1.69 juta tan minyak sawit mentah (MSM) pada bulan lepas iaitu penurunan sebanyak 4.48 peratus daripada 1.77 juta tan pada bulan sebelumnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit Malaysia menyusut sebanyak 10.52 peratus bulan ke bulan kepada 1.26 juta tan pada Jun daripada 1.41 juta tan pada Mei, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Ringkasan AI
  • Eksport minyak sawit Malaysia menyusut 10.52 peratus kepada 1.26 juta tan pada Jun, manakala pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) turun 4.48 peratus kepada 1.69 juta tan.
  • Inventori keseluruhan minyak sawit meningkat kepada 2.03 juta tan, dengan stok MSM berkurang dan stok minyak sawit diproses meningkat, sementara eksport biodiesel merosot ketara sebanyak 91.50 peratus.
  • Tiada import MSM direkodkan, namun import minyak isirung sawit meningkat 47.70 peratus kepada 11,926 tan.

Negara menghasilkan 1.69 juta tan minyak sawit mentah (MSM) pada bulan lepas iaitu penurunan sebanyak 4.48 peratus daripada 1.77 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut laporan prestasi industri terkini agensi tersebut.
Pengeluaran isirung sawit menurun sebanyak 5.66 peratus bulan ke bulan kepada 396,863 tan daripada 420,658 tan pada Mei.
Sementara itu, pengeluaran minyak isirung sawit mentah turun sebanyak 8.48 peratus bulan ke bulan kepada 192,665 tan daripada 210,512 tan sebelumnya manakala pengeluaran dedak isirung sawit menyusut 7.85 peratus bulan ke bulan kepada 213,398 tan daripada 231,568 tan.
Mengenai inventori, MPOB berkata stok simpanan MSM berkurang sebanyak 5.42 peratus kepada 1.04 juta tan pada Jun daripada 1.10 juta tan pada Mei manakala stok minyak sawit yang diproses meningkat sebanyak 12.19 peratus bulan ke bulan kepada 988,840 tan daripada 881,372 tan sebelumnya.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan inventori minyak sawit sebanyak 2.03 juta tan pada Jun, meningkat daripada 1.99 juta tan pada Mei.
Bagi eksport, eksport minyak isirung sawit mengecil sebanyak 27.60 peratus kepada 86,173 tan daripada 119,020 tan pada Mei.
Eksport dedak isirung sawit susut sebanyak 1.84 peratus bulan ke bulan kepada 189,774 tan daripada 193,328 tan, eksport oleokimia menurun 12.95 peratus bulan ke bulan kepada 202,829 tan daripada 233,009 tan manakala eksport biodiesel merosot dengan ketara sebanyak 91.50 peratus bulan ke bulan kepada 2,792 tan daripada 32,848 tan.
Tiada import MSM direkodkan pada Jun manakala import minyak isirung sawit meningkat sebanyak 47.70 peratus bulan ke bulan kepada 11,926 tan daripada 8,074 tan pada Mei.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia
#minyak sawit
#statistik import
#statistik eksport
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan