awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco

Bernama
Bernama
11/01/2024
20:45 MYT
Empat syarikat China tunjuk minat melabur di Kedah - Exco
Haim berkongsi menerusi media sosial perkembangan perjalanan misi pelaburan yang beliau ketuai untuk Kedah di China, dalam usaha mempromosi negeri itu. - Foto Facebook Haim Hilman Abdullah
ALOR SETAR: Empat syarikat terkemuka di China menunjukkan minat yang tinggi untuk melabur di negara ini khususnya di Kedah, kata Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi negeri Haim Hilman Abdullah.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengadakan rundingan dengan syarikat terbabit dalam misi pelaburan ke negara itu.
"Hari ini adalah hari kedua kami dalam usaha (misi pelaburan) mempromosi negeri kita Kedah.
"Syukur alhamdulillah setakat hari ini, saya dan sahabat-sahabat telah mengadakan rundingan dengan empat syarikat terkemuka di China yang telah menunjukkan minat begitu tinggi untuk melabur di Kedah," katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau malam Khamis.
Bagaimanapun beliau yang mengetuai misi pelaburan itu tidak memaklumkan secara terperinci mengenai latar belakang syarikat terlibat.
Menurut Haim Hilman, beliau berterima kasih kepada wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Shanghai yang turut serta dalam misi berkenaan.
"Saya percaya hasrat dan harapan kita untuk membawa masuk lebih ramai pelabur ke Kedah akan tercapai, selaras dengan hasrat Menteri Besar kita (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor) dalam aspek pengisian agenda The Greater Kedah yang kita dukungi bersama," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kedah
#Haim Hilman Abdullah
#China
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan