awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Farah Khan pereka seragam baharu Malaysia Airlines

Nurulhana Ismail
Nurulhana Ismail
10/05/2016
10:27 MYT
Farah Khan pereka seragam baharu Malaysia Airlines
Malaysia Airlines mengumumkan kerjasama strategik dengan jenama fesyen terkemuka, Farah Khan bagi menghasilkan rekaan seragam baharu.
Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan kerjasama strategik terbaharunya dengan jenama fesyen terkemuka, Farah Khan.
Menerusi kerjasama itu Datuk Seri Farah Khan merangkap pengarah kreatif jenama Farah Khan akan menghasilkan rekaan pakaian seragam Malaysia Airlines yang baharu.
Ia termasuk kebaya ikonik yang dipakai kru kabin Malaysia Airlines.
Farah Khan turut dipertanggungjawab menghasilkan rekaan rangkaian penuh pakaian seragam kakitangan Malaysia Airlines termasuk anak kapal, petugas di lapangan terbang, jurutera dan petugas di lain-lain bahagian.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan berkata kerjasama ini akan membawa simbol keunikan dan kepelbagaian Malaysia Airlines ke satu tahap yang lebih tinggi.
Sementara itu, menurut agensi perhubungan korporat Farah Khan, The Melium Group berkata rekaan baharu tersebut akan dipertontonkan kepada umum menjelang suku keempat tahun ini.
Jenama Farah Khan bukan sahaja mendapat pengiktirafan pengkritik fesyen tempatan malah di peringkat antarabangsa.
Koleksi rekaan Farah Khan didapati di lebih 70 bandar utama dunia dan sering kali digayakan selebriti antarabangsa dan golongan kenamaan.
Kerjasama ini sekali gus menyaksikan Farah Khan sebagai antara pereka yang menyumbang kepada aspek estetik syarikat penerbangan seiring pereka antarabangsa yang lain.
Antaranya rekaan Gianfranco Ferré bagi seragam syarikat penerbangan Korea, Korean Airlines, Prabal Gurung untuk syarikat penerbangan Jepun, ANA dan Vivienne Westwood untuk Virgin Atlantic.
Topic Berkaitan
#ANA
#Farah Khan
#Gianfranco Ferr
#Korean Airlines
#MAB
#Malaysia Airlines
#Prabal Gurung
#Virgin Atlantic
#Vivienne Westwood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan