awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDI dari China meningkat bukan sebab kerajaan cuba meraih sokongan kaum Cina

Bernama
Bernama
13/01/2017
09:03 MYT
FDI dari China meningkat bukan sebab kerajaan cuba meraih sokongan kaum Cina
Menurut Chua, kedudukan China sebagai rakan dagang dan sumber FDI terbesar bukan sesuatu yang unik. - Gambar fail
Pelaburan langsung asing (FDI) dari China ke Malaysia meningkat berpunca daripada pertumbuhan perdagangan dan bukan disebabkan kerajaan cuba menagih sokongan kaum Cina.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata kedudukan China sebagai rakan dagang dan sumber FDI terbesar bukan sesuatu yang unik memandangkan Amerika Syarikat (AS) sebelum ini merupakan rakan dagang Malaysia dan sumber FDI yang utama.
"Untuk merumuskan pelaburan dari sesetengah negara bertujuan bagi meraih sokongan adalah tidak tepat...malahan, saya sendiri menolak jika pelaburan AS di Malaysia, bertujuan bagi meningkatkan sokongan untuk kaum tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ini selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara pembekal perkhidmatan e-pembayaran tempatan, Soft Space Sdn Bhd dan Sumitomo Mitsui Card Company, peneraju dalam industri kad kredit Jepun.
Chua berkata Malaysia mengalu-alukan kemasukan pelaburan asing tanpa memilih negara, selagi ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Antara syarat-syarat itu termasuk pelaburan dalam industri yang akan mewujudkan kesan-kesan pengganda seperti keperluan kerja, mesra alam sekitar dan kurang berintensif buruh.
Katanya, Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan perlu sentiasa meneroka pasaran, bidang pelaburan dan kaedah yang baharu bagi meningkatkan eksport.
"Malaysia yang terletak di tengah-tengah rantau ASEAN, berada di tempat yang strategik dan apabila sesebuah syarikat melabur di Malaysia, ia sebenarnya melihat pasaran eksport," katanya.
MoU antara Soft Space dan Sumitomo Mitsui Card akan membuka jalan kepada syarikat Jepun itu untuk memperkenalkan penyelesaian e-pembayaran Soft Space kepada syarikat-syarikat Jepun dan bank-bank tempatan yang mempunyai perkongsian dengan Sumitomo Mitsui Financial Group. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Chua Tee Yong
#FDI
#pelaburan langsung asing
#Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan