Skip to main content

Politik

PRN Melaka: 301 kesalahan direkodkan, SPR tegur parti politik

Ramlan (dua, kanan) ketika meninjau proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di SJKC Malim, Melaka Tengah, hari ini. - Foto Astro AWANI
Ramlan (dua, kanan) ketika meninjau proses pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 di SJKC Malim, Melaka Tengah, hari ini. - Foto Astro AWANI
Advertisement

MELAKA TENGAH: Sebanyak 301 kesalahan kecil pilihan raya direkodkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 sehingga malam Jumaat.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesalahan itu kebanyakannya membabitkan pemasangan bahan kempen termasuk poster dan kain rentang di kawasan tidak dibenarkan.

Menurutnya, pemasangan bahan kempen di persimpangan jalan boleh menghalang lalu lintas, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan.

Advertisement

"301 itu saya tak boleh kata satu angka yang rendah. Kita berharap perkara ini dapat dikurangkan lagi pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Malim, di sini, hari ini.

Advertisement

Pada masa sama, Ramlan turut menegur parti politik supaya lebih bertanggungjawab dan meningkatkan kesedaran mengenai peraturan pemasangan bahan kempen.

Katanya, kesalahan seumpama itu sepatutnya dapat dielakkan sekiranya semua pihak mematuhi garis panduan ditetapkan SPR.

Dalam masa sama, Ramlan menghargai keprihatinan orang ramai yang tampil melaporkan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen.

Beliau mengesahkan SPR telah mengambil tindakan terhadap kesalahan yang dilaporkan.

Must Watch Video

Advertisement