awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/05/2022
04:24 MYT
FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
Sektor pembuatan dan perkhidmatan menjadi penyumbang utama kamasukan FDI. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia pada 2021 hingga suku pertama 2022 merupakan cerminan kepada pengukuhan ekonomi negara.
Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Sufian Jusoh berkata, Malaysia merupakan negara terbaik di ASEAN dalam penerimaan FDI tatkala mendepani pandemik COVID-19.
"Data ketika ini menunjukkan FDI ke Malaysia menunjukkan trend yang amat baik dibandingkan dengan pelaburan asing ke negara-negara lain di ASEAN.
"Sekarang ini, FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerima lebih daripada AS$23.4 bilion.
"Ini menunjukkan perkembangan yang amat baik di Malaysia dan sektor pembuatan dan perkhidmatan jadi penyumbang utama.
"Ini merupakan trend yang berlainan di dunia kerana di dunia tunjuk penurunan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan, tetapi Malaysia berjaya melalui masa yang agak sulit iaitu COVID-19 dan berjaya menarik pelaburan asing berkualiti yang kita mahukan," katanya ketika ditemu bual dalam Niaga AWANI hari ini.
Ikuti temu bual tersebut:
Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Topic Berkaitan
#pelaburan
#COVID-19
#FDI
#ASEAN FDI
#IKMAS UKM
#Sufian Jusoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan