awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Felda beli baki saham FGV

Najib Aroff
Najib Aroff
04/02/2021
05:21 MYT
Felda beli baki saham FGV
Maybank IB pada 29 Januari berkata tarikh akhir penerimaan pengambilalihan itu disambung sehingga 16 Februari berbanding 2 Februari. - Foto fail
KUALA LUMPUR:Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli kesemua baki saham FGV Holdings Berhad (FGV) sebanyak 4.63 juta unit (tidak termasuk saham perbendaharaan) di pasaran terbuka pada nilai RM1.30 sesaham.
Maybank Investment Bank Berhad selaku penasihat prinsipal dalam satu kenyataan berkata, pembelian itu dilakukan pada Rabu.
Tambah Maybank IB, pembelian itu termasuk saham FGV di bawah pelan insentif jangka panjang.
Pada 8 Disember lalu, Felda mengumumkan hasrat penawaran pengambilalihan wajib kepada pemegang saham minoriti FGV pada harga RM1.30 sesaham, sekiranya ia berjaya meningkatkan pegangan dalam FGV.
Melalui pengambilalihan terbaharu ini, Felda yang sudah mempunyai 21.24 peratus pegangan dalam FGV meningkatkan pegangan kepada 35.12 peratus.
Setakat ini Felda bersama pihak yang bertindak bersama dengannya kini menguasai lebih 69 peratus pegangan FGV sekaligus tawaran pengambilaihan wajib boleh dimulakan.
Maybank IB pada 29 Januari berkata tarikh akhir penerimaan pengambilalihan itu disambung sehingga 16 Februari berbanding 2 Februari.
FGV pada 22 Januari mengesyorkan kepada pemegang saham minoritinya untuk menolak tawaran pembelian saham oleh Felda.
Dalam satu kenyataan, FGV menganggap tawaran oleh Felda pada harga RM1.30 sesaham adalah tidak adil, lebih rendah dari penilaian surat nasihat bebas daripada RHB Investment Bank iaitu sekitar RM1.45 hingga RM1.60.
Topic Berkaitan
#Felda
#FGV
#sawit
#Maybank IB
#RHB Bank
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan