awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
Curi kabel rel: Ini amaran, jangan sampai nyawa tergadai - Loke
Polis minta bantuan kesan remaja lelaki hilang di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

FGV namakan Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu

Bernama
Bernama
26/09/2023
11:54 MYT
FGV namakan Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharu
FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: FGV Holdings Bhd melantik bekas ketua setiausaha (KSU) Kementerian Luar Tan Sri Rastam Mohd Isa sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa hari ini.
Kumpulan perladangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Rastam mengambil alih jawatan itu daripada pengerusi sementara Datuk Shahrol Anuwar Sarman yang dilantik semula sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif.
Selain berkhidmat sebagai KSU kementerian itu bermula 2006 hingga 2010, Rastam juga pernah menyandang peranan sebagai pengerusi dan ketua eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia pada 2015 hingga 2020.
Beliau juga adalah Profesor Adjung di Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia untuk tempoh 2021 hingga 2022.
Selepas bersara sebagai KSU Kementerian Luar, Rastam dilantik sebagai Utusan Khas Kerajaan Malaysia ke Brunei.
Selain itu, beliau turut berkhidmat sebagai penasihat di Jabatan Ketua Menteri Sarawak selama tiga tahun (2010-2013) dan memegang jawatan sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FGV Holdings Bhd
#Rastam Mohd Isa
#pengerusi baharu
#bekas KSU Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan