Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sedang berunding dengan PT Rajawali Corpora Indonesia mengenai kemungkinan melabur menggunakan kaedah berbeza dalam PT Eagle High Plantations Tbk, kumpulan perladangan ketiga terbesar yang disenarai di Jakarta.

Kedudukan semasa pasaran dan pembangunan dalam sektor minyak sawit memerlukan kajian semula bersama ke atas kaedah pelaburan sedia ada bagi memanfaatkan semua pihak yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"FGV komited untuk meneroka semua ruang pelaburan. Kami akan meneruskan pelan transformasi lima tahun semasa kami, yang sudah pun bermula, bagi meningkatkan keputusan.

"(FGV) tetap yakin bahawa sebarang potensi usaha sama akan menambah nilai kepada syarikat, pekebun kecil, pelabur dan masyarakat, dan pada masa yang sama memastikan kami memenuhi semula komitmen kewangan, kawal aturan dan sosial, sebagai entiti perniagaan yang bertanggungjawab," katanya.

FGV dilaporkan akan membeli 37 peratus kepentingan dalam Eagle High -- membabitkan RM2.37 bilion dalam bentuk tunai untuk 30 peratus kepentingan dan 95.44 juta saham baharu FGV untuk baki tujuh peratus kepentingan.