Flanagan’s Irish Restaurant manfaat Astro BizOne tarik lebih ramai pelanggan, dengan siaran berkualiti

Bebe (gambar) berkata, pakej Astro BizOne membantu meningkatkan pengalaman pelanggan, khususnya ketika siaran langsung perlawanan bola sepak. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Bukan sekadar menyajikan hidangan berinspirasikan Ireland yang menepati cita rasa tempatan, Flanagan’s Irish Restaurant di Taman Pelangi turut menjadi lokasi pilihan untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan sosial, didorong oleh kandungan hiburan berkualiti menerusi pakej Astro BizOne.
Ringkasan AI
- Bukan sekadar menawarkan hidangan berinspirasikan Ireland yang menepati cita rasa pelanggan. Flanagans Irish Restaurant turut menjadikan premisnya sebagai lokasi pilihan untuk berkumpul dan mengeratkan hubungan sosial menerusi sokongan kandungan berkualiti daripada Astro BizOne.
- Pengurus outlet Flanagans Irish Restaurant Taman Pelangi, Bebe Ng Cheng Ying berkata, pakej Astro BizOne membantu meningkatkan pengalaman pelanggan, khususnya ketika siaran langsung perlawanan bola sepak yang dapat ditonton tanpa kelewatan atau gangguan.
- Kejayaan Flanagans Irish Restaurant, membuktikan bagaimana usahawan tempatan mampu memanfaatkan platform seperti Astro sebagai medium sokongan pemasaran yang efektif, sekaligus menggabungkan elemen hiburan dan perniagaan dalam satu pengalaman menyeluruh.

Fish and Chips menjadi antara menu pilihan pelanggan di Flanagan’s Irish Restaurant. - Foto Astro AWANI
"Astro BizOne membolehkan pelanggan menikmati siaran langsung dalam suasana yang selesa dan meriah,” katanya.
Selain kandungan sukan, saluran seperti Asian Food Network (AFC) turut menambah nilai kepada suasana restoran, selari dengan konsep dan menu yang ditawarkan.
Visual teknik masakan dan sajian menarik yang dipaparkan di skrin televisyen mencipta pengalaman santai dan menghiburkan buat pelanggan.
Flanagan’s turut menyediakan pelbagai hidangan pembuka selera yang sesuai dinikmati sambil menonton rancangan hiburan atau sukan.
Antara menu kegemaran pelanggan termasuk Fish and Chips, stew daging dan stew kambing yang dimasak mengikut resipi asli Ireland.

Flanagan’s Irish Restaurant juga menyediakan pelbagai hidangan pembuka selera yang enak untuk pelanggan menikmati rancangan sukan atau hiburan menerusi pakej Astro BizOne sambil ditemani kudapan. - Foto Astro AWANI
“Kami amat berbesar hati dipilih sebagai pemenang BizOne Rewards. Ia bukan sahaja menyediakan hiburan berkualiti kepada pelanggan, malah memberi pendedahan lebih luas kepada perniagaan kami,” tambah Bebe.
Beliau turut berkongsi bahawa fungsi rakaman Astro BizOne membolehkan pelanggan menonton semula siaran kegemaran mereka tanpa menjejaskan kualiti tontonan.
Dengan lebih 40 hidangan utama dan lapan tahun beroperasi, Flanagan’s Irish Restaurant terus mengekalkan reputasi sebagai destinasi pilihan penduduk setempat. Kualiti makanan dan layanan pelanggan yang mesra menjadi teras utama kejayaan mereka.
“Tagline kami, Slàinte mhath (dibaca ‘slan cha va’), bermaksud ‘friends everywhere’. Kami mahu restoran ini menjadi tempat untuk tetamu menikmati masa berkualiti bersama, sama ada bersama keluarga, rakan atau kenalan baharu,” jelas Bebe.

Flanagan’s Irish Restaurant kekal menjadi destinasi pilihan golongan setempat kerana kualiti makanan dan khidmat pelanggan bertaraf tinggi yang ditawarkan. - Foto Astro AWANI
Kejayaan Flanagan’s membuktikan bagaimana usahawan tempatan boleh memanfaatkan platform seperti Astro BizOne sebagai alat pemasaran berkesan—menggabungkan elemen hiburan dan hospitaliti dalam satu pengalaman menyeluruh.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro BizOne, layari biz.astro.com.my.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


