BISNES
Generasi Alfa Malaysia miliki pengetahuan kewangan digital yang baik - Mastercard

Penemuan itu menyerlahkan kemajuan yang luar biasa bagi generasi muda di Malaysia menerima kewangan digital. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sejumlah 97 peratus kanak-kanak generasi Alfa (Gen Alfa) di Malaysia telah mempunyai akses kepada akaun kewangan, memiliki dompet digital, akaun pelaburan dan kad debit, menurut kajian Mastercard.
Ringkasan AI
- 97% kanak-kanak Gen Alfa miliki akaun kewangan: Majoriti sudah menggunakan dompet digital, kad debit dan akaun pelaburan, menjadikan mereka generasi paling celik digital dalam sejarah kewangan Malaysia.
- Ibu bapa akui anak lebih mahir urus kewangan digital: 50% ibu bapa percaya anak mereka lebih bijak dalam hal kewangan berbanding mereka pada usia sama, dan 40% berkata anak lebih tahu tentang kaedah pembayaran baharu.
- Malaysia antara peneraju dompet digital di Asia Tenggara: Kadar penembusan dompet digital mencecah 40%, menunjukkan transformasi gaya hidup kewangan yang semakin mengutamakan teknologi dan masa depan digital.
Penemuan itu adalah berdasarkan kaji selidik penyelidikan global yang dijalankan oleh The Harris Poll bagi pihak Mastercard, melibatkan 19,302 pengguna di lima rantau global, termasuk 9,131 pengguna di Asia Pasifik dan 1,010 di Malaysia.
Menurut kaji selidik itu, ibu bapa Gen Alfa di Malaysia menjangkakan anak-anak mereka akan membesar dalam dunia kewangan yang mengutamakan digital - iaitu mereka mungkin tidak pernah memiliki dompet secara fizikal atau membawa wang tunai.
Katanya, dengan peningkatan dompet digital, pembayaran mudah alih dan akaun maya, keluarga di Malaysia memerlukan penyelesaian pintar, sedia masa depan yang akan menyediakan anak-anak mereka untuk berjaya.
Pengurus Negara Mastercard bagi Malaysia dan Brunei Beena Pothen berkata penemuan itu menyerlahkan kemajuan yang luar biasa bagi generasi muda di Malaysia menerima kewangan digital.
Beliau berkata dengan 97 peratus kanak-kanak Gen Alfa sudah mempunyai akses kepada akaun kewangan dan hampir separuh menggunakan dompet digital, jadi sudah pasti kanak-kanak itu akan membesar dengan pemikiran mengutamakan digital yang kukuh.
"Ia merupakan gambaran sebenar momentum di Malaysia yang mengagumkan dalam perubahan digital. Mastercard menyokong perkembangan ini dengan memacu inovasi yang memberikan pengalaman pembayaran yang selamat, lancar dan bermakna - bukan sahaja kepada kanak-kanak Gen Alfa, tetapi juga kepada ibu bapa mereka.
"Maklumat ini akan membantu kerajaan dan industri merangka kerjasama bagi membantu memperkasakan keluarga Gen Alfa dengan peralatan yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang menjadikan kewangan digital sebagai keperluan kedua," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami