Skip to main content

Dunia

Iran serah bukti serangan AS-Israel ke atas pelabuhan, infrastruktur maritim kepada IMO

Laporan itu mendokumentasikan kesan pencerobohan tentera AS dan Israel terhadap kemudahan maritim awam negara berkenaan sejak 28 Feb 2026. - Reuters
Laporan itu mendokumentasikan kesan pencerobohan tentera AS dan Israel terhadap kemudahan maritim awam negara berkenaan sejak 28 Feb 2026. - Reuters

Advertisement

Advertisement

LONDON: Iran menyerahkan dokumen dan bukti bergambar mengenai serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas pelabuhan, kapal awam serta infrastruktur maritim negara itu kepada Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), sambil memberi amaran bahawa kerosakan berkenaan menimbulkan risiko serius terhadap keselamatan maritim di seluruh Teluk Parsi, Selat Hormuz dan Laut Oman.

Dokumen itu diedarkan secara rasmi kepada negara anggota IMO untuk dipertimbangkan di bawah Perkara 11 dalam agenda bertajuk "Protection of Vital Shipping Lanes" pada sesi ke-138 Majlis IMO yang dijadual berlangsung di London dari 2 hingga 6 Nov, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Laporan yang disediakan oleh Pertubuhan Pelabuhan dan Maritim Iran bertajuk "War Crimes Against Iran’s Ports and Maritime Infrastructure" itu mendokumentasikan kesan pencerobohan tentera AS dan Israel terhadap kemudahan maritim awam negara berkenaan sejak 28 Feb 2026.

Advertisement

Gambar yang dilampirkan dalam laporan itu menunjukkan kerosakan pada kemudahan pelabuhan penting, pusat penyelarasan mencari dan menyelamat maritim serta kapal penyelamat.

Dokumen itu memberi amaran bahawa kemusnahan menara kawalan trafik perkapalan, peralatan komunikasi dan pusat penyelamat bukan sahaja mengancam infrastruktur maritim Iran, malah keselamatan perkapalan antarabangsa serta pelaut yang beroperasi di rantau berkenaan.

Advertisement

Menurut dokumen itu, kerosakan pada sistem kawalan trafik perkapalan boleh meningkatkan risiko perlanggaran kapal dan kemalangan susulan, manakala kemusnahan kemudahan menyelamat boleh menjejaskan keupayaan tindak balas kecemasan serta membahayakan nyawa pelaut asing.

Laporan itu turut mengetengahkan ancaman terhadap alam sekitar, sambil memberi amaran bahawa kerosakan pada kemudahan minyak, tangki simpanan dan kapal boleh menyebabkan pencemaran yang merebak melangkaui kawasan yang terjejas secara langsung akibat serangan.

AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada Jun 2025 yang berlarutan selama 12 hari.

Pencerobohan kedua-dua negara itu bermula pada 28 Feb 2026 dan berakhir pada awal April selepas 40 hari.

-- BERNAMA-IRNA

Must Watch Video

Advertisement