SUNDAR Pichai kini berkongsi menyatakan angka pelanggan berbayar untuk Google One kini telah pun melangkaui 100 juta pelanggan.

Perkongsian pencapaian terbaharu ini hadir selepas pengenalan sokongan Gemini Advanced – iaitu pembantu maya berasaskan kecerdasan buatan berbayar.


Google One merupakan perkhidmatan yang menawarkan storan berbayar tambahan bermula 100GB kepada pengguna, selain turut hadir dengan ciri tambahan seperti pada Google Photos dan sebagainya.


Pengguna yang inginkan akses kepada Gemini Advanced pula, perlu melakukan langganan berbayar berharga RM97.99 sebulan, yang turut hadir dengan akses storan 2TB bersama dengannya.

CEO Google menyasarkan untuk mengekalkan momentum untuk terus meningkatkan pengguna berbayar platform tersebut dengan pengenalan ciri kecerdasan buatan yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu Gemini Advanced. -Amanz