GOOGLE membolehkan para pembangun seluruh dunia menawarkan aplikasi secara berbayar melalui kedai aplikasi Google Play Store.

Hari ini, Google mengemas kini had harga jualan untuk aplikasi, sekali gus meningkatkan nilai penawaran daripada had sebelum ini.

Mengikut carta terkini, Google Play Store membolehkan pembangun menetapkan harga di antara RM0.30 dan RM4,800.

Ia memperlihatkan peningkatan lebih sekali ganda berbanding sebelum ini.

Peningkatan ini membolehkan aplikasi dan kandungan yang lebih premium dan berkualiti tinggi ditawarkan, termasuk dengan ciri-ciri yang lebih menyeluruh.

Untuk mata wang AS pula, Google Play Store membolehkan penawaran harga aplikasi sehingga AS$999.99. -Amanz