ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Jun 2024.


1. Tragedi Aidiladha: Dua beradik maut motosikal bertembung kereta

Dua beradik maut dalam kemalangan selepas motosikal yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Teroi Titi Lahar, di Yan, malam tadi.



2. Malaysia masih dalam hati - Misbun

Pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri adalah istilah tepat menggambarkan pendirian Datuk Misbun Sidek apabila legenda badminton negara itu mahu terus menabur bakti menurunkan ilmu dalam arena badminton di Malaysia.


3. Ibu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meninggal dunia

Menteri Pendidikan, Fahdlina Sidek kehilangan ibunya, Datin Dr Siti Zalikhah Md Nor yang kembali ke rahmatullah, hari ini.


4. Zii Jia juara Terbuka Australia

Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun Kodai Naraoka di pentas final hari ini.


5. Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah meninggal dunia

Timbalan Ketua Menteri wanita pertama Sabah Datuk Ariah Tengku Ahmad meninggal dunia dengan aman dalam tidurnya di kediamannya di sini hari ini pada usia 86 tahun, kata anaknya Tengku Datuk Fuad Tengku Ahmad.


6. KDN beri keutamaan selesai permohonan kewarganegaraan anak tidak sah taraf, anak angkat

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi keutamaan untuk menyelesaikan kes permohonan kewarganegaraan melibatkan kategori anak tidak sah taraf dan anak angkat di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.


7. 74 jemaah haji Malaysia sedang terima rawatan dibawa ikuti Safari Wukuf

Seramai 74 jemaah haji yang sedang dirawat di Pusat Rawatan Tabung Haji dan hospital di sini dibawa melakukan ibadah wukuf di Padang Arafah menerusi program Safari Wukuf semalam.


8. Aidiladha: Hayati nilai pengorbanan, ketaatan dan kebersamaan dalam beribadah - Ahmad Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam esok bukan sekadar perayaan sebaliknya hari untuk menghayati nilai-nilai pengorbanan, ketaatan, kebersamaan dan keikhlasan dalam beribadah.


9. Premier Sarawak tidak ambil peduli tohmahan terhadap kepimpinannya

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau tidak ambil peduli tohmahan serta fitnah yang dilontarkan oleh orang luar terhadap kepimpinannya.


10. Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang - Nidzam

Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat kali pertama di situ sejak insiden disimbah asid awal bulan lepas.