GRAB mendedahkan, bagi fasa pembangunan seterusnya, mereka akan melakukan pelaburan pada beberapa perkara, termasuk dalam inisiatif yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).

Bagaimanapun buat masa ini, apa yang akan dilakukan secara spesifik masih tidak dikongsikan.

Grab mengatakan ia akan memfokuskan kepada peningkatan produktiviti terlebih dahulu, sekali gus meningkatkan lagi kadar efisien syarikat berkenaan. Antara yang dilihat untuk peringkat awal termasuk pemasaran, khidmat pelanggan dan juga terjemahan menu dalam aplikasi.

Langkah ini dilihat akan mengurangkan kadar kos operasi, di samping mempercepatkan lagi proses berkenaan melalui penggunaan AI. Malah, ini boleh dikatakan peringkat awal pelaburan Grab dalam arena berkenaan.

Melalui laporan WSJ, Grab masih tidak berkongsi berkenaan jumlah pelaburan mereka dalam arena kecerdasan buatan, termasuk apakah perancangan jangka masa panjang dibawahnya. - Amanz