Graduan yang mencari kerja pertama dan pihak majikan harus menilai semula jangkaan berkenaan gaji pokok.
Menurut Pengurus Negara JobStreet.com Chook Yuh Yng, ini susulan cabaran yang dihadapi graduan terutamanya kos sara hidup yang semakin meningkat.
Kata Chook, buat masa ini gaji pokok bagi graduan untuk kerja pertama adalah sekitar RM2,100 ke RM2,500.
Tinjauan JobStreet mendapati wujud jurang antara jangkaan gaji oleh graduan dan gaji yang ingin ditawarkan oleh majikan.
"Kebanyakan graduan, iaitu hampir 60 peratus, menyatakan bahawa mereka mahukan gaji sebanyak RM3,500. Tetapi gaji yang ditawarkan majikan bagi graduan hanya sekitar RM2,100 dan RM2,500.
"Bagi saya, ada beberapa majikan yang akan mengambil kira pengalaman graduan semasa membayar. Ia boleh dilakukan dan saya yakin kebanyakan majikan akan mengambil langkah itu jika mereka melihat graduan yang mempunyai bakat atau pengalaman secukupnya untuk bergerak ke hadapan," kata Chook.
Dalam satu temubual Bernama pada Khamis, Chook menasihati graduan agar lebih realistik dalam mencari pekerjaan pertama.
Kata Chook, majikan harus menganalisis pasaran sebelum menentukan jumlah gaji.
Nilai peluang
Pada masa yang sama, graduan pula harus menilai peluang mendapatkan pengalaman tanpa terlalu mengutamakan gaji.
"Bagi saya, majikan harus menganalisis pasaran dan memastikan pembayaran gaji mereka kompetitif kerana bakat yang bagus hanya dapat ditarik dengan gaji yang baik.
"Pada masa yang sama, graduan harus mengetahui tawaran di pasaran dan tidak mempunyai jangkaan yang tidak realistik.
"Ini bermakna apabila mereka memasuki kerja pertama mereka harus menilai kerjanya berdasarkan peluang yang akan diberikan dan peluang pembelajaran yang luas, berbanding menilai kerja berdasarkan gaji sahaja," kata Chook.
Sementara itu, Chook berkata, penawaran pekerjaan yang ditinjau JobStreet mencatatkan kejatuhan berbanding tempoh sama tahun lepas.
"Dari segi tawaran pekerjaan, kami menyaksikan penyusutan 5 peratus tahun ke tahun. Terdapat trend menurun tetapi ia bukan terlalu serius kerana ia masih merupakan penyusutan satu digit.
"Sektor yang utama ialah pengeluaran, perbankan, pembangunan, peruncitan dan ICT. Kebanyakkan sektor ini mengalami pengurangan dalam permintaan tahun ke tahun.
"Industri yang paling terjejas ialah perbankan. Bagaimanapun, sektor pembinaaan melihat prestasi yang sedikit baik," kata Chook.
Bagaimanapun tambahnya walaupun keadaan ekonomi tidak menentu, ia tidak menjejaskan sektor pekerjaan dengan teruk.
"Kami melihat lebih 50 peratus majikan berkata mereka akan meningkatkan pengambilan pekerja atau mengekalkan jumlah pekerja.
"Tetapi kami turut melihat peningkatan dalam majikan yang menyatakan bahawa mereka hendak mengurangkan tenaga kerja, iaitu 36 peratus," jelas Chook.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, pada Mei 2016, kadar pengangguran menyusut ke 3.4 peratus.
Ia berbanding 3.5 peratus yang dicatatkan bulan sebelumnya.
Tip bagi graduan
Sementara itu, Chook menggesa graduan mengambil keputusan yang bermaklumat sebelum menghantar permohonan pekerjaan.
Katanya, ini akan memudahkan proses persiapan sebelum menghadiri temu duga.
Beliau turut berkongsi tip bagi graduan yang ingin memasuki pasaran pekerjaan.
Kata Chook, graduan perlu terlebih dahulu melakukan penyelidikan secara mendalam mengenai pasaran.
"Bagi saya mencari kerja baharu merupakan proses yang sangat kritikal dan kompleks. Untuk mendapatkan kerja tersebut, anda perlu membuat penyelidikan secara mendalam mengenai pasaran dan memahami jenis pekerjaan yang ditawarkan.
"Selepas itu, anda perlu memastikan kriteria yang dikehendaki majikan sesuai dengan anda dan jika anda mempunyai skil yang sesuai untuk melaksanakan pekerjaan tersebut.
"Anda juga harus menilai gaji yang ditawarkan, persekitaran yang ditawarkan, maklumat yang diberikan mengenai syarikat dan pekerjaan tersebut di laman web berkaitan pekerjaan seperti JobStreet.com supaya dapat mengambil keputusan yang bermaklum," kata Chook.
Tambahnya, antara elemen penting apabila menghadiri temu duga ialah keupayaan tampil berbeza berbanding pemohon lain.
"Calon patut sedar akan persaingan untuk mendapatkan kerja itu. Oleh itu, anda harus berbeza berbanding majikan yang lain dan ini memerlukan persiapan untuk menjangkakan soalan yang akan ditanya majikan.
"Saya rasa ini merupakan keutamaan, keupayaan untuk menjadi calon yang berbeza berbanding yang lain," ulas Chook.
Sementara itu, Chook berkata 20 peratus permintaan mengikut tawaran pekerjaan di laman webnya adalah bagi graduan.
"Jika anda lihat secara keseluruhan, tenaga kerja berkolar putih di Malaysia berjumlah 3.7 juta manakala graduan pula hanya terdapat kira-kira 100,000 - 200,000 setahun.
"Jika anda bandingkan ini, secara semulajadi permintaan bagi graduan akan lebih rendah berbanding pekerja berpengalaman," kata Chook.
Beliau berkata demikian dalam rakaman awal bersama Astro AWANI apabila ditanya mengenai permintaan bagi graduan dalam sektor pekerjaan dan tip yang boleh digunakan graduan sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
Pritha Manivannan
Fri Aug 19 2016
Tinjauan JobStreet mendapati wujud jurang antara jangkaan gaji oleh graduan dan gaji yang ingin ditawarkan oleh majikan - Foto Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peluang pekerjaan dijangka lebih banyak pada 2018 - Jobstreet.com
Peluang pekerjaan dijangka lebih kukuh daripada 2017, dengan 30 peratus majikan Malaysia menunjukkan peningkatan dalam pengambilan pekerja baharu, kenaikan 12 peratus berbanding tahun.
Sebenarnya, peluang pekerjaan dalam bidang STEM meningkat - Jobstreet
Anggapan bahawa kurang prospek kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah tidak benar.
Permintaan untuk pekerja baharu masih positif - Jobstreet.com
Berdasarkan kajian portal itu bulan lepas, 54% daripada syarikat di semua sektor masih mempunyai hasrat yang kuat untuk mengambil pekerja baharu bagi mengisi jawatan penting.
Graduan dan majikan harus nilai semula gaji pokok
Graduan yang mencari kerja pertama dan pihak majikan harus menilai semula jangkaan berkenaan gaji pokok.
JobStreet.com: Ekonomi lembap bukan penghalang syarikat ambil pekerja
Satu kaji selidik oleh JobStreet.com, mendedahkan walaupun keadaan ekonomi tidak menentu ketika ini ia tidak menjejaskan syarikat Malaysia daripada mengambil pekerja baharu.
50 peratus majikan akan terus ambil pekerja baharu dalam suku kedua - Jobstreet
Menurut Pengarah Negara Jobstreet Chook Yuh Yng, meskipun banyak sektor berdepan faktor negatif, namun sektor tertentu masih mencatatkan pertumbuhan.