BISNES
Haji Qasim Bistro, restoran mamak dengan cita rasa premium

Isa (kiri) menceburi bidang kulinari dan ingin membawa perubahan baharu dengan menyediakan pelbagai resipi turun temurun keluarga disuntik sentuhan magisnya. - Foto Astro
SHAH ALAM: Minat mendalam terhadap dunia kulinari menjadi tonggak utama di sebalik penubuhan restoran Haji Qasim Bistro.
Ringkasan AI
- Minat mendalam terhadap dunia kulinari menjadi tonggak utama disebalik penubuhan restoran Haji Qasim Bistro.
- Menurut pengurusnya, Mohammad Isa Ali, restoran yang ditubuhkan 3 tahun lalu itu menjadi titik permulaan baginya dan keluarga membawa perubahan kepada restoran -mamak- bagi semua pecinta makanan.
- Katanya, pelanggan boleh merasai pelbagai jenis makanan resipi turun temurun keluarga dengan harga mampu milik.
Katanya, pelanggan boleh merasai pelbagai jenis makanan resipi turun temurun keluarga dengan harga mampu milik.
“Sejak ditubuhkan pada 2021, matlamat kami hanyalah untuk memastikan orang ramai dapat merasai pelbagai makanan, ada makanan barat, makanan Thai.
“Kita ada nasi kandar dengan pilihan lauk yang banyak, lepas itu ,roti canai istimewa yang kita uli sendiri dan menggunakan tepung buatan sendiri bersama teh tarik yang ramai pelanggan kata terbaik di kawasan ini.
“Saya juga suka cuba pelbagai resipi baharu, jadi saya ingin restoran ini menjadi restoran mamak bertaraf premium,” katanya ketika ditemu bual di Haji Qasim Bistro, Eco Ardance, di sini.
Tambahnya, di samping suasana mesra keluarga, pengunjung juga dimanjakan dengan tontonan program sukan dan hiburan melalui pakej Astro BizOne yang disediakan restoran tersebut.
“Astro BizOne memang bantu kami untuk tarik pelanggan sebab bila ada siaran langsung perlawanan sukan, pelanggan datang ramai-ramai untuk lepak dan makan terutamanya waktu malam.
“Untuk pemilik kedai lain di luar sana yang belum langgan pakej Astro BizOne, daftarlah sekarang sebab selain boleh elakkan penggunaan siaran cetak rompak, Astro BizOne bagi peluang untuk anda semua promosi jenama perniagaan,” ujarnya.
Sementara itu, beberapa pelanggan tetap berkongsi pengalaman sepanjang berkunjung ke restoran itu.
“Makanan paling saya suka ialah Maggi goreng mereka.
“Sebab lain saya datang sini sebab dekat sini ada skrin besar, dekat kawasan sini tak semua kedai ada skrin besar dan saluran Astro,” kata Adam Farihin.
“Makanan kegemaran saya dekat sini dia punya nasi kandar, sebab ayam goreng dia sedap dan saiz besar.
“Makanan murah, sedap dan hidangan besar dan untuk orang yang tak ada Astro dekat rumah boleh tengok perlawanan langsung bola, hoki atau MPL dekat sini, jelas Muhammad Zam Zydan.
Mohammad Isa turut mengalu-alukan semua pemilik perniagaan makanan dan minuman (F&B) yang belum melanggan pakej Astro BizOne kerana pemenang bertuah bakal mendapat liputan istimewa di Astro AWANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami