awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hanya 22 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan

Bernama
Bernama
15/05/2016
07:33 MYT
Hanya 22 peratus pencarum KWSP mempunyai simpanan mencukupi untuk persaraan
Walaupun struktur gaji merupakan satu isu, beliau menjelaskan beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan terutamanya dasar gaji minimum di mana apabila kadar caruman dijajarkan dengan gaji minimum, keadaan itu akan bertambah baik. - Gambar fail
Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196,800 atau lebih untuk menampung kehidupan mereka dalam tempoh persaraan.
Ketua Jabatan Pengurusan Strategi KWSP Balqais Yusoff berkata, 78 peratus pencarum lagi tidak mempunyai asas caruman mencukupi untuk tempoh persaraan mereka.
Sambil menyatakan dari sudut pandangan KWSP bahawa realiti persaraan hari ini agak menyedihkan, beliau berkata daripada 6.7 juta pencarum KWSP yang aktif, 65 peratus daripada mereka mempunyai kurang daripada RM50,000 dalam simpanan.
"Jadi, ini bermakna, berdasarkan definisi kami, di mana pesara akan memerlukan sekurang-kurangnya RM820 sebulan dalam tahun-tahun persaraan, mereka yang mempunyai simpanan RM50,000 hanya boleh bertahan selama lima tahun sebelum simpanan mereka kehabisan.
"Itupun jika mereka boleh bertahan hidup dengan RM820 sebulan. Kita tahu RM820 itu tidak cukup, di mana dengan jumlah itu hari ini, mungkin anda boleh berbelanja untuk barangan runcit dan itulah realiti kehidupan hari ini," katanya kepada Bernama, di sini.
Balqais berkata, jumlah simpanan asas RM196,800 untuk persaraan dikira sebagai RM820 sebulan.
Beliau berkata, pada hari ini KWSP mempunyai kira-kira 14.5 juta pencarum di mana 6.7 juta yang menyumbang sekurang-kurangnya sekali setiap 12 bulan dianggap sebagai pencarum aktif.
Katanya, struktur gaji yang rendah di negara ini adalah penyumbang utama kepada keadaan itu, di mana 89 peratus daripada penduduk yang bekerja mendapat kurang daripada RM5,000 yang diterjemahkan kepada kadar simpanan yang lebih rendah untuk KWSP.
"Dari segi kadar sumbangan, Malaysia adalah yang kelima tertinggi di dunia dari segi simpanan mandatori. Namun disebabkan struktur gaji ia tidak boleh diterjemahkan kepada bilangan simpanan yang tinggi," katanya.
Walaupun struktur gaji merupakan satu isu, beliau menjelaskan beberapa langkah telah diambil oleh kerajaan terutamanya dasar gaji minimum di mana apabila kadar caruman dijajarkan dengan gaji minimum, keadaan itu akan bertambah baik.
"Oleh itu, kita perlu sentiasa mengkaji semula struktur gaji dan gaji minimum juga perlu dijajarkan dengan kos sara hidup yang terus meningkat," katanya.
Topic Berkaitan
#800 atau lebih untuk menampung kehidupan dalam tempoh persaraan
#Balqais Yusoff
#Hanya 22 peratus daripada 6.7 juta pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berumur 54 tahun mempunyai simpanan yang mencukupi sebanyak RM196
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan