awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hard Rock Hotel Penang raih anugerah Travellers' Choice

Bernama
Bernama
20/05/2022
21:15 MYT
Hard Rock Hotel Penang raih anugerah Travellers' Choice
Sebagai sebahagian komitmen untuk menyediakan perkhidmatan hospitaliti berkelas dunia, Hard Rock Hotel Penang menumpukan kepada kecemerlangan operasi kepada tetamunya. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Hard Rock Hotel Penang diiktiraf oleh Tripadvisor sebagai pemenang anugerah Travellers' Choice (Pilihan Pengembara) bagi 2022 apabila berada dalam kalangan 10 peratus hotel di dunia yang menerima ulasan yang baik.
Dalam kenyataan bersama, Hard Rock International dan Tripadvisor menjelaskan anugerah itu bertujuan meraikan perniagaan yang menerima ulasan positif daripada kalangan pengembara di seluruh dunia di Tripadvisor dalam tempoh 12 bulan lepas.
Penolong Pengurus Eksekutif Hard Rock Hotel Penang, Michael Smeeton berkata walaupun mencabar seperti tahun lepas, hotel itu dapat menyerlah dengan memberi secara berterusan engalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pengembara, dan anugerah itu merupakan bukti komitmen kukuh pihaknya kepada sektor hospitaliti.
"Sebagai sebahagian komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan hospitaliti berkelas dunia, Hard Rock Hotel Penang menumpukan untuk menyampaikan kecemerlangan operasi kepada tetamu kami kepada seluruh komuniti tempatan serta pelanggan di peringkat antarabangsa," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Tripadvisor, Kanika Soni berkata Anugerah Travellers' Choice mengiktiraf yang terbaik dalam pelancongan dan hospitaliti, berdasarkan pandangan pihak yang paling penting, iaitu tetamu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hard Rock Hotel Penang
#tripadvisor
#Pilihan Pengembara
#perkhidmatan hospitaliti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan