awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Harga saham mengukuh pada tengah hari

Bernama
Bernama
08/03/2013
07:12 MYT
Harga saham mengukuh pada tengah hari
Harga saham kukuh semasa mengakhir sesi pagi hari ini dan seiring dengan pasaran serantau, dengan minat dilihat dalam saham wajaran tertentu dan saham berharga murah, kata para peniaga.
Pada tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 0.93 mata kepada 1,651.85, berbanding semasa ditutup semalam pada 1,650.93.
Indeks penanda aras yang dibuka pada 1,650.69, bergerak antara 1,649.91 dan 1,653.58 pada sesi pagi.
Indeks Perladangan susut 30.8 mata kepada 7,942.59, tetapi Indeks Perusahaan menokok 14.040 mata kepada 2,836.53 manakala Indeks Kewangan menambah 7.72 mata kepada 15,283.47.
Indeks FBM Emas meningkat 13.62 mata kepada 11,276.69, FBMT100 menokok 11.59 mata kepada 11,122, dan Indeks FBM Mid 70 naik 37.29 mata kepada 12,453.
Bagaimanapun, Indeks FBM Ace turun 2.96 mata kepada 3,977.14.
Saham untung mengatasi rugi pada 312 berbanding 220, dengan 278 kaunter tidak berubah, 831 tidak diniagakan dan 27 yang lain digantung.
Jumlah dagangan pada 369.906 jita saham bernilai RM579.284 juta.
Antara saham yang dapat perhatian hari ini ialah Scomi Group, yang mendapat kontrak lima tahun bernilai RM2.1 bilion daripada Petronas, bagi menyediakan cecair pengerudian.
Scomi menokok 2.5 sen kepada 35.5 sen.
Antara saham aktif, Metronic Global, GPRO Technologies dan Naim Indah Corporation, menambah setengah sen masing-masing kepada 10.5 sen, 12 sen dan 15.5 sen.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM9.15, Sime Darby kekal pada RM9.20, manakala Axiata Group susut satu sen kepada RM6.39.
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan