Harga siling petrol dan diesel akan diumum secara mingguan mulai 29 Mac dan pelaksanaannya berkuatkuasa pada 30 Mac.
Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, harga siling tersebut akan diumumkan pada setiap Rabu dan pelaksanaan dibuat pada Khamis.
Hamzah dalam satu temu bual bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dipancarkan di saluran Astro AWANI (Saluran 501) berkata pengusaha stesen minyak boleh menawarkan harga diskaun dengan mendapat kelulusan KPDNKK.
Menurut Hamzah, mekanisme yang diguna pakai kerajaan sebelum ini adalah mengumumkan harga diesel dan petrol secara bulanan.
"Untuk menetapkan harga bulanan tersebut, kita mengambil pendekatan penetapan harga secara pengapungan terkawal.
"Proses ini dilakukan dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), yang telah ditetapkan semenjak 1983," katanya.
Formula APM, kata Hamzah, digunakan mengikut kadar harga pasaran minyak dunia.
kita juga memberikan angkubah perkiraan untuk syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak
Namun kerajaan memberikan perkiraan angkubah kepada syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak, dengan mengambil kira komponen seperti kos produk, kos operasi, marjin syarikat minyak dan pengusaha stesen minyak.
Pengapungan terkawal secara bulanan, didapati membawa perubahan kadar turun naik harga yang begitu ketara sehingga menyebabkan kegelisahan kepada pengguna dan pengusaha stesen minyak.
Justeru satu mekanisme yang lebih baik dibentang ke jemaah Menteri, dan telah diluluskan 22 Februari lalu.
Menerusi mekanisme baharu ini, kadar tukaran asing dapat diterjemah dengan lebih tepat mengikut perkiraan pasaran global.
Pengusaha stesen minyak yang mahu membuat diskaun dan potongan harga perlu mendapatkan kebenaran KPDNKK terlebih dahulu.
Astro Awani
Wed Mar 22 2017

Menurut menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin, harga siling tersebut akan diumumkan pada setiap Rabu untuk mengelakka kekeliruan dalam kalangan pengguna. - Gambar fail

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Mogok Di UK | Lebih 300 ribu guru tuntut kenaikan gaji
Dianggarkan sehingga setengah juta guru, penjawat awam, pemandu kereta api dan pensyarah universiti di Britainmelancarkan mogok besar-nesaran hari ini. Tuntutannya sama, kenaikan gaji serta mendesak kerajaan menangani inflasi.

Harga petrol, diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 2 hingga 8 Feb.

Harga RON95, RON97 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95, serta diesel tidak berubah bagi tempoh 26 Jan hingga 1 Feb ini.

Lelaki ditahan disyaki cuba seleweng diesel bersubsidi
Lelaki yang bekerja dengan sindiket penyelewengan diesel bersubsidi itu membeli bahan api berkenaan di beberapa stesen minyak.

Ditahan ketika pindah diesel haram
Pemeriksaan di premis terbabit menemui 42,000 liter minyak diesel yang dipercayai diseleweng.

KPDN P.Pinang tahan lelaki cuba seleweng diesel bersubsidi
KPDN Negeri Pulau Pinang menahan seorang lelaki dan merampas diesel bersubsidi bersama sebuah lori 'bonded' yang telah diubah suai bagi kegiatan penyelewengan bahan api itu, dalam serbuan hari ini.

Harga petrol, diesel kekal - MOF
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 12 hingga 18 Jan ini.

KPDN Perak patahkan aktiviti seleweng minyak diesel bersubsidi, rampasan lebih RM700,000
KPDN Perak berjaya mematahkan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi menggunakan lori tangki bekalan minyak sawit.

KPDN Perak tumpas sindiket seleweng minyak bersubsidi, sita 7,600 liter diesel
Hasil intipan telah berjaya mengesan sebuah motolori kanvas dalam keadaan mencurigakan yang disyaki sedang mengisi diesel di sebuah stesen minyak berjenama.

Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol untuk semua jenis produk petroleum dan diesel tidak berubah bagi tempoh 5 Januari 2023 hingga 11 Januari 2023 ini.

Pemilik stesen minyak didakwa perdaya ahli perniagaan RM2.3 juta
Seorang pemilik stesen minyak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, atas empat pertuduhan memalsukan dokumen dan memperdaya seorang ahli perniagaan sehingga menyerahkan RM2.3 juta.