Skip to main content

Malaysia

Jerebu: 11 kawasan rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 11 pagi

KUCHING, 23 Ogos - Tinjauan di sekitar Kuching tengah hari ini mendapati bandar raya tersebut diselubungi jerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 180. Sementara itu, stesen IPD Serian merekodkan bacaan tertinggi negara di paras 198 setakat 7 pagi tadi manakala lapan kawasan di Malaysia berada pada tahap kualiti udara tidak sihat. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Bandaraya Kuching, Sarawak mencatat bacaan 135 Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11 pagi ini. - Gambar Bernama
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 11 kawasan di seluruh negara mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11 pagi ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu Sri Aman dan Serian dengan bacaan 174 serta Kuching (135).

Sementara itu, lapan kawasan di Semenanjung turut mencatat bacaan IPU tidak sihat dengan bacaan tertinggi direkodkan di Johan Setia, Selangor (158), Cheras, Kuala Lumpur (153), Nilai dan Seremban, Negeri Sembilan masing-masing 152 dan 147, Pasir Gudang (145) dan Larkin (136) di Johor, Putrajaya (134) dan Alor Gajah, Melaka (115).

Secara keseluruhannya, 55 kawasan dilaporkan berada pada tahap sederhana, manakala dua kawasan mencatat bacaan baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke atas (berbahaya).

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement