KUALA LUMPUR: Harga tanah dijangka naik mendadak disebabkan arah aliran pembelian berterusan oleh pemaju hartanah bagi memperluaskan bank tanah mereka untuk pembangunan jangka panjang, kata RHB Investment Bank (RHB Investment).
Menurut firma penyelidikan itu, persaingan mengumpul tanah dirancakkan lagi berikutan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) iaitu syarikat pembuatan dan pemain pusat data, serta pelan pengembangan operasi yang diusahakan oleh beberapa syarikat elektrik dan elektronik (E&E).
"Akhir-akhir ini, syarikat yang gemar mengumpul tanah seperti Scientex dan Lagenda Properties juga sudah membeli tanah yang luas untuk pembangunan jangka panjang.
"Dengan ini, harga tanah dijangka naik mendadak oleh sebab rentak pembelian yang berterusan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Jelas THB Investment, syarikat pemaju yang memiliki bank tanah yang luas selain terdedah kepada segmen perindustrian seharusnya meraih kelebihan besar menerusi projek pembangunan prasarana dan kemasukan pelaburan yang semakin meningkat.
Katanya, usaha rangsangan ekonomi yang mengambil tempat di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang dijangka dapat meningkatkan nilai sektor ini secara keseluruhannya.
"Sektor hartanah dijangka terus mendapat rangsangan pertumbuhan susulan liputan berita positif mengenai projek prasarana yang mungkin dilaksanakan, urus niaga tanah yang giat berjalan dan kemasukan pelaburan, khusus dalam sektor pusat data, tenaga hijau dan pembuatan," jelasnya.
Firma penyelidikan itu juga mengekalkan saranan Wajaran Tinggi ke atas sektor hartanah dengan syarikat pilihan utama ialah UEM Sunrise (UEMS), IOI Properties (IOIPG) dan Eastern & Oriental (E&O).
Sementara itu, penyelidikan itu turut menyentuh projek kereta api laju (HSR) antara Kuala Lumpur-Singapura dengan didapati seolah-olah aspek kos dan pelan pembiayaan bukan penghalang kepada pelaksanaan projek tersebut.
"Walaupun pelan pembiayaan dan kos pembinaan sering mendapat penelitian lebih, perkembangan berita baru-baru ini kelihatan seolah-olah aspek-aspek ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan projek.
"Semua pihak kini lebih tertumpu kepada projek HSR, Transit Aliran Ringan (LRT) Johor Bahru dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, dengan pemilik tanah utama berpotensi menerima manfaat daripada pelaksanaan projek-projek berkenaan," ujarnya.
Dalam pada itu, RHB Investment menggariskan lokasi bersebelahan dengan Singapura menjadikan Johor sangat penting kepada ekonomi negara.
Katanya, ini dapat dilihat daripada kesan tidak langsung konsert Taylor Swift di Singapura kepada sektor perhotelan, restoran dan peruncitan di Johor Bahru yang turut rancak sepanjang tempoh konsert berkenaan.
"Di beberapa pusat beli-belah di Johor Bahru, kadar penghunian dilihat hampir penuh, dan oleh itu, kami percaya banyak syarikat runcit berjenama kini akan menjadikan ibu negeri Johor sebagai pasaran penting untuk mengembangkan capaian operasi kedai mereka dalam masa terdekat.
"Semua kesan kekayaan ini dijangka mengukuhkan lagi permintaan hartanah di kawasan Iskandar Malaysia," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Apr 15 2024
Trend pembelian berterusan oleh pemaju hartanah bagi memperluaskan bank tanah mereka menyebabkan harga tanah dijangka naik mendadak. -Gambar hiasan Dagang News
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Hong Kong pada Rabu untuk memulakan lawatan rasmi ke China.
Hubungan komprehensif 68 tahun Malaysia-Jepun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan ucaptama pada sesi pertama dan hari pertama, Persidangan Nikkei 2024 pada Khamis.
Lawatan kerje pada kali ini merupakan lawatan kedua dalam tempoh enam bulan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022
#AWANI745
Lawatan kerje pada kali ini merupakan lawatan kedua dalam tempoh enam bulan sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada November 2022
#AWANI745
Tayar lori tercabut, lelaki dalam kereta tersepit
Seorang lelaki tersepit dalam kereta dipandunya yang remuk akibat terkena tayar sebuah lori yang tercabut di Jalan Tuanku Abdul Halim berhampiran Istana Negara di sini, kelmarin.
[TERKINI] Diskaun saman 50 peratus pada Sabtu dan Ahad di Dataran Pahlawan
Faisal Halim dijangka keluar hospital beberapa hari lagi
Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata doctor pakar akan menjalankan pemerhatian ke atas Faisal atau terkenal dengan jolokan 'Mickey' pada esok.
#AWANI745
#AWANI745
Faisal Halim dijangka kembali beraksi 3 hingga 6 bulan lagi
Faisal Halim dijangka dapat beraksi semula dalam tempoh tiga hingga enam bulan lagi bergantung kepada proses pemulihan yang akan dilaluinya.
#AWANI745
#AWANI745
Jaminan keselamatan makanan untuk hidangan kepada 31,600 jemaah
Lembaga Tabung Haji (TH) sentiasa memastikan penyediaan makanan untuk jemaah haji Malaysia memenuhi kriteria serta syarat ditetapkan dan tidak akan berkompromi dalam aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan, penyajian sehingga penghantaran.
#AWANI745
#AWANI745
Malaysia antara negara terkehadapan pelaksanaan dasar pendidikan - Zambry
Malaysia dianggap antara negara yang terkedepan dan mempunyai perancangan yang baik dari segi pelaksanaan dasar pendidikan.
Anak, bekas setiausaha politik MB Perlis didakwa esok - Azam Baki
Anak dan bekas setiausaha politik Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli akan didakwa di dua mahkamah berasingan pada Khamis atas pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu bernilai 600 ribu ringgit.
#AWANI745
#AWANI745
M Nasir akui pernah putus asa, kecewa industri seni tempatan tidak sebaris Korea Selatan
Kata M Nasir, tanpa fasa jatuh dan bangun, tidak mungkin dia berada di tahap sekarang.
Kampung Baru: 90 peratus penduduk yang serah borang setuju dengan tawaran kerajaan
Khalid turut menegaskan, kadar yang ditawarkan kerajaan adalah berpandukan kepada penilaian yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Najib ajar Guan Eng kurangkan harga rumah
Bekas perdana menteri menjelaskan harga rumah tidak akan susut walaupun kos bahan mentah pembinaan dikecualikan SST kerana semuanya tertakluk kepada harga tanah.
Berapa harga tanah Kampung Baru?
Kerajaan perlu menetapkan nilai bagi satu kaki persegi tanah di Kampung Baru sebelum deraf Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB 2020).