KUALA LUMPUR: Harga tanah dijangka naik mendadak disebabkan arah aliran pembelian berterusan oleh pemaju hartanah bagi memperluaskan bank tanah mereka untuk pembangunan jangka panjang, kata RHB Investment Bank (RHB Investment).
Menurut firma penyelidikan itu, persaingan mengumpul tanah dirancakkan lagi berikutan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) iaitu syarikat pembuatan dan pemain pusat data, serta pelan pengembangan operasi yang diusahakan oleh beberapa syarikat elektrik dan elektronik (E&E).
"Akhir-akhir ini, syarikat yang gemar mengumpul tanah seperti Scientex dan Lagenda Properties juga sudah membeli tanah yang luas untuk pembangunan jangka panjang.
"Dengan ini, harga tanah dijangka naik mendadak oleh sebab rentak pembelian yang berterusan," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Jelas THB Investment, syarikat pemaju yang memiliki bank tanah yang luas selain terdedah kepada segmen perindustrian seharusnya meraih kelebihan besar menerusi projek pembangunan prasarana dan kemasukan pelaburan yang semakin meningkat.
Katanya, usaha rangsangan ekonomi yang mengambil tempat di Lembah Klang, Iskandar Malaysia dan Pulau Pinang dijangka dapat meningkatkan nilai sektor ini secara keseluruhannya.
"Sektor hartanah dijangka terus mendapat rangsangan pertumbuhan susulan liputan berita positif mengenai projek prasarana yang mungkin dilaksanakan, urus niaga tanah yang giat berjalan dan kemasukan pelaburan, khusus dalam sektor pusat data, tenaga hijau dan pembuatan," jelasnya.
Firma penyelidikan itu juga mengekalkan saranan Wajaran Tinggi ke atas sektor hartanah dengan syarikat pilihan utama ialah UEM Sunrise (UEMS), IOI Properties (IOIPG) dan Eastern & Oriental (E&O).
Sementara itu, penyelidikan itu turut menyentuh projek kereta api laju (HSR) antara Kuala Lumpur-Singapura dengan didapati seolah-olah aspek kos dan pelan pembiayaan bukan penghalang kepada pelaksanaan projek tersebut.
"Walaupun pelan pembiayaan dan kos pembinaan sering mendapat penelitian lebih, perkembangan berita baru-baru ini kelihatan seolah-olah aspek-aspek ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada pelaksanaan projek.
"Semua pihak kini lebih tertumpu kepada projek HSR, Transit Aliran Ringan (LRT) Johor Bahru dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura, dengan pemilik tanah utama berpotensi menerima manfaat daripada pelaksanaan projek-projek berkenaan," ujarnya.
Dalam pada itu, RHB Investment menggariskan lokasi bersebelahan dengan Singapura menjadikan Johor sangat penting kepada ekonomi negara.
Katanya, ini dapat dilihat daripada kesan tidak langsung konsert Taylor Swift di Singapura kepada sektor perhotelan, restoran dan peruncitan di Johor Bahru yang turut rancak sepanjang tempoh konsert berkenaan.
"Di beberapa pusat beli-belah di Johor Bahru, kadar penghunian dilihat hampir penuh, dan oleh itu, kami percaya banyak syarikat runcit berjenama kini akan menjadikan ibu negeri Johor sebagai pasaran penting untuk mengembangkan capaian operasi kedai mereka dalam masa terdekat.
"Semua kesan kekayaan ini dijangka mengukuhkan lagi permintaan hartanah di kawasan Iskandar Malaysia," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Mon Apr 15 2024
Trend pembelian berterusan oleh pemaju hartanah bagi memperluaskan bank tanah mereka menyebabkan harga tanah dijangka naik mendadak. -Gambar hiasan Dagang News
Wartawan bertanggungjawab patuhi etika dalam pelaporan berita - Ahli akademik
Wartawan mempunyai peranan penting dalam membina peradaban dan ketamadunan selain mempelopori isu-isu kemanusiaan, keamanan serta ekonomi.
Pengeluar automotif China BAIC lancar dua model kereta penumpang pertama di Malaysia
BAIC sasar buka 10 cawangan pengedar di seluruh negara tahun ini dengan yang pertama dikendalikan oleh Edaran Otomobil Elektrik (M) Sdn Bhd.
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Kampung Baru: 90 peratus penduduk yang serah borang setuju dengan tawaran kerajaan
Khalid turut menegaskan, kadar yang ditawarkan kerajaan adalah berpandukan kepada penilaian yang ditentukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta.
Najib ajar Guan Eng kurangkan harga rumah
Bekas perdana menteri menjelaskan harga rumah tidak akan susut walaupun kos bahan mentah pembinaan dikecualikan SST kerana semuanya tertakluk kepada harga tanah.
Berapa harga tanah Kampung Baru?
Kerajaan perlu menetapkan nilai bagi satu kaki persegi tanah di Kampung Baru sebelum deraf Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB 2020).