“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan “Merdeka” bergema di Dataran Merdeka, Melaka.
Sepanjang 60 tahun, rakyat Malaysia dapat mengecapi kehidupan yang cukup harmoni dengan pengukuhan ekonomi dalam mengharungi cabaran alaf baharu.
Satu visi, satu misi!
Bapa-bapa kemerdekaan Malaysia turut berbangga dengan pencapaian Malaysia yang telah dikecapi sehingga hari ini.
2017 merupakan tahun negara Malaysia mencatat pencapaian cemerlang.
Dalam mesej Tahun Baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di ambang 2018, beliau menyedari bahawa ada dalam kalangan rakyat yang masih menghadapi cabaran didepani kesempitan hidup.
PM Najib turut memberi jaminan, langkah sewajarnya telah diambil secara berterusan bagi memastikan pertumbuhan negara yang mampan dapat memanfaatkan setiap lapisan masyarakat.
Beliau turut berkata, rakyat bakal mengecapi nikmat daripada kemajuan negara secara holistik.
Dalam pembentangan Bajet 2018 pada Oktober lalu, PM Najib menyifatkannya sebagai bajet inklusif yang mampu memanfaatkan rakyat di setiap peringkat.
Jumlah peruntukan bajet sejumlah RM280.25 bilion, meningkat daripada RM260.8 bilion pada tahun 2017 dengan RM234.25 bilion bagi perbelanjaan pengurusan dan RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Pengurangan cukai telah diumumkan dan kadar cukai pendapatan individu pemastautin dikurangkan dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara RM20,000 hingga RM70,000.
Sejumlah RM6.5 bilion pula diperuntukkan kepada pesawah, petani, nelayan, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah termasuk RM2.3 bilion yang meliputi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil getah dan nelayan.
Jelas PM Najib ketika pembentangan Bajet 2018, beliau memahami peranan wanita bukanlah sekadar menjadi isteri dan ibu, mereka turut memberi impak yang besar kepada pembangunan sesebuah masyarakat dan negara.
Bak kata pepatah Melayu … “tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia”.
Justeru, ibu mengandung turut dimanfaatkan dalam Bajet 2018 yang turut menggariskan bahawa penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas dibenarkan pulang awal sejam, manakala suami yang bekerja kerajaan juga dibenarkan berbuat demikian dengan syarat suami dan isteri berkerja di lokasi berdekatan.
Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) diperkenalkan dengan memberi Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit Amanah Saham PNB kepada anak Malaysia yang lahir mulai 1 Januari, 2018 sehingga 2022.
Ibu bapa turut disarankan memanfaatkan skim ADAM50 bagi menjamin masa depan anak mereka sebagai generasi Transformasi Nasional 2050 (TN50). Simpanan dana ini jika disimpan tanpa diusik akan berganda nilainya dan meningkat dari tahun ke tahun seterusnya untuk membantu anak-anak sama ada untuk pengajian ataupun memulakan pekerjaan kelak.
Sejumlah RM2.5 bilion diperuntukkan untuk biasiswa pengajian dan latihan di bawah MARA, jumlah tertinggi yang pernah diberikan setakat ini.
Bantuan sejumlah RM3,000 turut diberikan kepada ibu bapa masyarakat Orang Asli sebagai persediaan anak-anak untuk memasuki institut pengajian tinggi.
Sentimen ini diperkukuh dengan keyakinan oleh masyarakat antarabangsa kepada Malaysia sepanjang 2017.
Pada Februari lalu, Saudi Aramco mengumumkan pelaburan sebanyak US$7 bilion (anggaran RM28 bilion) di Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor.
Pelaburan ini menjadikannya sebagai pelaburan hiliran terbesar Aramco di luar Arab Saudi.
HSBC turut melabur melebihi RM1 bilion untuk membina ibu pejabat serantau baharu di bangunan Tun Razak Exchange (TRX) di ibu negara.
Mengapa banyak syarikat multinasional turut ikut serta melabur dan membina nama mereka di Malaysia?
Memetik pengasas Alibaba, Jack Ma, beliau memilih Malaysia bagi melancarkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) pertama di luar China pada November lalu sejajar dengan faktor persekitaran cekap dan mesra perniagaan yang telah diwujudkan di Malaysia.
BACA: DFTZ mula beroperasi Oktober ini, guna platform iCloud Alibaba - PM Najib
Apa itu DFTZ?
DFTZ merupakan satu inisiatif bagi memanfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang merentas sempadan.
Ia merupakan persediaan bagi memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan.
Tiga komponen utama DFTZ:
· eFulfilment Hab: Membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengeksport barangan mereka dengan mudah melalui bantuan penyedia perkhidmatan fulfillment (pemenuhan) utama.
· Hab perkhidmatan satelit: Menghubungkan PKS dengan syarikat terkemuka yang menawarkan perkhidmatan seperti pembiayaan, pemenuhan mil akhir, insuran dan perkhidmatan lain yang penting dalam sektor e-dagang.
· Platform eServis: Menguruskan pelepasan kargo dengan cekap dan proses lain yang diperlukan dalam perdagangan rentas sempadan.
Tahukah anda Malaysia merupakan antara negara pertama yang memulakan pelantar eServices digital?
Pelantar eServices adalah elemen unik DFTZ.
Ia secara digital menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan kerajaan dan perniagaan untuk menyokong perdagangan rentas-sempadan.
Melalui pelantar digital ini, perdagangan merentas sempadan dapat disambungkan dengan lebih mudah pada masa akan datang. Melalui DFTZ merangkumi eksport dan import pengangkutan, ia akan memudahkan pergerakan barang bernilai US$65 bilion (RM259.32 bilion) menjelang 2025.
BACA: Alibaba beri latihan kepada PKS Malaysia
Lebih 2,000 perusahaan kecil dan sederhana bakal mendapat akses lebih mudah ke pasaran global terutamanya pasaran China melalui DFTZ.
Begitu juga dengan pemilik jenama global yang ingin menubuhkan hab serantau untuk mencapai pelanggan ASEAN.
Dalam pada itu, pusat eFulfilment pertama DFTZ bertempat di KLIA Aeropolis.
Pusat Perkhidmatan Satelit pertama DFTZ, Bandaraya Kuala Lumpur Internet City (KLIC) yang akan ditempatkan di Bandar Malaysia.
Secara tidak langsung, DFTZ akan menghasilkan 60,000 peluang pekerjaan hasil daripada pertumbuhan berganda barangan eksport PKS yang akan mencapai US$38 bilion (anggaran RM151.6 bilion) menjelang tahun 2025.
Malaysia tetap berjaya mengatasi cabaran globalisasi dan muncul sebagai negara yang disanjung tinggi oleh seluruh dunia.
Kebanggaan menjadi rakyat Malaysia tertanam dalam konsep lagu “Negaraku”.
Rakyat Malaysia yang ditempatkan di bawah payung 1Malaysia mengukuhkan lagi kekayaan pelbagai etnik di negara ini dan merapatkan lagi jurang kaum dan agama.
Inilah Malaysia yang harus menjadi suatu kebangaan dan harus terus diraikan bagi merealisasikan TN50.
Majulah tanah tumpah darahku!
Isabelle Leong
Tue Jan 23 2018
Inilah Malaysia yang harus menjadi suatu kebangaan dan harus terus diraikan bagi merealisasikan TN50. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
AWANI Ringkas: Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 13 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Disember 2024
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
1️⃣ Kerosakan jalan dan cerun kerana banjir
2️⃣ Isu kadar premium insurans
3️⃣ Krisis Syria
#awaniringkas
Tambah kuota haji: Mohamad sampaikan permohonan Malaysia
Malaysia telah menyampaikan permohonan kepada Arab Saudi agar kuota haji negara dapat ditambah.
Niaga SPOTLIGHT: The Generational Wealth Revolution – Millennials & Gen Z Redefining Wealth
By 2045, a staggering USD 84 trillion will move from the hands of Baby Boomers to Millennials and Gen Z in a massive generational transfer of wealth.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Millennials and Gen Z are emerging as both creators and inheritors of wealth, shaping a future where investing is driven by technology, values, and global perspectives.
NIAGA SPOTLIGHT features Nirbhay Handa, Co-Founder & CEO, Multipolitan, delving into how technology, sustainability, and value-driven investing is reshaping wealth management for younger generations and its impacts on the wealth management landscape.
Kerajaan Syria gantung Perlembagaan, Parlimen tiga bulan
Satu jawatankuasa kehakiman dan hak asasi manusia akan dibentuk untuk mengkaji Perlembagaan dan kemudian memperkenalkan pindaan.
Kerajaan baharu Syria ucap terima kasih kepada negara yang membuka semula misi diplomatik
Lapan negara yang sudah membuka misi diplomatik mereka di Syria ialah Mesir, Iraq, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Jordan, Bahrain, Oman dan Itali.
Belanjawanku 2024/2025: Panduan perbelanjaan bulanan rakyat, anggaran baharu
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, panduan ini mampu membantu rakyat Malaysia menghadapi cabaran dalam menguruskan perbelanjaan isi rumah, sementara KWSP menyediakan landasan untuk membina simpanan persaraan yang mencukupi.
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Semakin banyak insentif untuk rakyat Selangor disekat - Ketua Pembangkang
Semakin banyak insentif untuk rakyat Selangor disekat dan dinafikan hak walaupun sudah dijanjikan atau pernah diberi sebelum ini.
ADAM50 dihentikan akhir tahun - Zeti
ADAM50 yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional akan dihentikan menjelang akhir tahun.
Keputusan teruskan ADAM50 ditentukan Kementerian Kewangan - TPM
Beliau berkata pemberian inisiatif itu melibatkan dana negara yang besar dan seperti sedia maklum negara kini mempunyai defisit yang 'membengkak'.
Inisiatif ADAM50, Menara PNB 118 berjalan seperti biasa
Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menjelaskan bahawa, Program Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) dan projek pembinaan Menara PNB 118 bakal diteruskan mengikut perancangan asal.
ADAM50 membantu pembangunan pendidikan menjelang 2050
Pengerusi Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Wahid Omar insentif ADAM50 itu akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia bagi membantu pembangunan pendidikan menjelang 2050.
Kadar kelahiran tinggi seiring kematangan ekonomi - PM Najib
Perdana Menteri berharap Amanah Dana Anak Malaysia (ADAM50) akan menggalakkan kadar kelahiran lebih tinggi dalam kalangan rakyat malaysia memandangkan negara ini sedang mencapai kematangan ekonomi.
ADAM50: Tahniah! Bayi Nora Danish, Siti Nurhaliza bakal terima insentif RM200
Lima artis popular tempatan bakal menerima RM200 di bawah skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
ADAM50: Buat tabungan awal secara konsisten - Wahid Omar
Pelaburan yang dibuat menerusi ADAM50 ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk menabung dan merancang masa depan anak mereka.
Lapan bayi penerima pertama ADAM50 di Kuala Lumpur
Mereka adalah antara kumpulan bayi terawal yang Menerima Insentif Khas Amanah dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) bermula tahun ini.