awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hong Leong Islamic Bank lantik Dafinah Ahmed Hilmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif

Bernama
Bernama
06/06/2023
08:35 MYT
Hong Leong Islamic Bank lantik Dafinah Ahmed Hilmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Dafinah menggantikan Jasani Abdullah yang bersara pada akhir April 2023 selepas berkhidmat di HLISB selama 16 tahun. - Gambar Hong Leong Bank
KUALA LUMPUR: Hong Leong Islamic Bank Bhd (HLISB) melantik bekas Pengarah Perbankan Komersial HSBC Amanah Malaysia Bhd, Dafinah Ahmed Hilmi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.
Dafinah menggantikan Jasani Abdullah yang bersara pada akhir April 2023 selepas berkhidmat di HLISB selama 16 tahun, menurut cabang perbankan Islam Hong Leong Bank Bhd.
"Dafinah membawa bersama pengalaman beliau selama 23 tahun dalam bidang perbankan konvensional dan Islam dan sebelum ini pernah memegang jawatan kepimpinan dalam pelbagai bidang di dalam industri perbankan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selama 19 tahun sebelum ini, beliau telah berkhidmat di HSBC dalam sektor-sektor melibatkan perbankan dan pasaran global, perdagangan global dan kewangan, serta produk dan penyelesaian perbankan komersial patuh syariah.
Dafinah berkata beliau berbesar kerana diberi peluang untuk membawa HLISB ke landasan pertumbuhan yang menarik dalam sektor perbankan Islam di Malaysia.
"Dengan gabungan asas pendigitalan yang kukuh serta budaya bank yang mengutamakan pelanggan dan kelestarian, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dan seterusnya menjana nilai dan impak jangka panjang bagi semua pihak berkepentingan,'' katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syariah
#Hong Leong Bank Bhd
#perdagangan global
#patuh syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan