Kedudukan dan hubungan ekonomi India-Malaysia membuka banyak peluang untuk jalinan kerjasama antara kedua-dua negara, kata Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia B. N. Reddy.
Reddy berkata hubungan dua hala berada pada kedudukan terbaik untuk ditingkatkan berdasarkan kepada keutamaan ditunjukkan kerajaan Malaysia seperti ekonomi digital, penjagaan kesihatan yang saksama, tenaga boleh diperbaharu dan kecekapan syarikat India dalam teknologi digital, teknologi kewangan dan tenaga boleh baharu yang menurutnya menawarkan sinergi hebat untuk perkongsian.
Begitu juga dengan syarikat Malaysia yang cekap dalam pembinaan, infrastruktur, pembuatan elektronik dan dalam bidang lain, menurutnya berpeluang besar terbabit dalam pelan pengembangan infrastruktur serta misi semikonduktor negara itu.
Beliau berkata jalinan usaha sama perdagangan juga boleh dilaksanakan dalam beberapa produk atau sektor termasuk barangan elektronik, farmaseutikal, hasil pertanian dan organik serta produk marin yang berpotensi besar serta menguntungkan.
"Kami komited untuk mengukuhkan penglibatan perdagangan dan perniagaan kami dan membawanya ke tahap baharu, ketika kita meraikan 65 tahun hubungan diplomatik India-Malaysia," katanya kepada Bernama dalam temu bual baru-baru ini sempena sambutan itu.
Beliau ditanya mengenai bidang kerjasama baharu yang boleh diteroka oleh kedua-dua negara dalam mengeratkan hubungan dua hala.
Pada 2010, India dan Malaysia mewujudkan Perkongsian Strategik yang merangkumi hubungan dua hala secara menyeluruh. Ia terjalin semasa lawatan Perdana Menteri India Narendra Modi ke Malaysia pada November 2015 dengan kedua-dua negara bersetuju meningkatkan hubungan kepada Perkongsian Strategik Dipertingkatkan.
Reddy berkata beliau yakin hubungan dua hala New Delhi-Kuala Lumpur akan mencapai potensi penuh seperti dibayangkan dalam Perkongsian Strategik Dipertingkatkan apabila kedua-dua negara meraikan hubungan diplomatik 65 tahunnya tahun ini.
"Hubungan India-Malaysia telah mencapai kemajuan memberangsangkan dalam tempoh enam setengah dekad lalu. Hubungan sejarah antara India dan Malaysia berdasarkan jarak geografi dan hubungan rakyat dengan rakyat selama bedekad telah membantu meletakkan asas kukuh kepada perkongsian dua hala kami dengan Malaysia," katanya.
Mengenai persoalan sama ada terdapat sebarang cadangan pelaburan sedang dijalankan pada masa ini antara kedua-dua negara, Reddy berkata beberapa perbincangan sedang berjalan membabitkan cadangan pelaburan terutama dalam bidang e-dagang, kenderaan elektrik, tenaga boleh baharu, dengan pengumuman khusus akan dibuat sebaik sahaja keputusan dicapai.
"Pandemik COVID-19 telah membawa cabaran baharu dan juga membuka sempadan baharu kerjasama," katanya.
Reddy berkata prospek besar untuk India ialah memenuhi keperluan tenaga kerja dan pembangunan kemahiran Malaysia.
Dalam temu bual itu, Reddy menegaskan kejayaan penting dalam hubungan dua hala ini - India-Malaysia@65, memberi peluang untuk meneroka bidang kerjasama baharu dan pada masa sama mengukuhkan kemajuan yang dicapai setakat ini.
"Menerusi kerjasama ekonomi dan komersial yang berkembang pesat selain dalam sektor pertahanan, hubungan India-Malaysia boleh disifatkan sebagai rapat, mesra dan istimewa dan bersedia untuk mencapai tahap lebih tinggi pada tahun-tahun akan datang," katanya.
Reddy berkata walaupun COVID-19 mewujudkan cabaran dalam beberapa bidang, perdagangan dua hala India-Malaysia berkembang dengan ketara. Perdagangan dua hala mencecah US$19.4 bilion pada tahun kewangan 2021-22, meningkat lebih 34 peratus yang merupakan rekod tertinggi baharu.
Eksport Malaysia ke India didominsi petroleum, produk berkaitan minyak sawit, barangan elektronik serta bahan kimia manakala eksport India ke Malaysia dipacu oleh barangan kejuruteraan, bahan kimia, produk berasaskan petroleum, daging, gula dan produk makanan.
Reddy menjelaskan hubungan perdagangan antara India dan Malaysia telah meletakkan asas kukuh kepada perkongsian perdagangan dan pelaburan dua hala, yang terus berkembang maju sehingga hari ini.
"Walaupun asas perdagangan kukuh, potensi untuk mengembangkan lagi perdagangan antara kedua-dua negara juga besar. Semasa Perundingan Pejabat Luar Negeri dua hala pada April tahun ini, kedua-dua pihak komited untuk mengembangkan nilai, jumlah dan kepelbagaian perdagangan dua hala," katanya.
Menurut Reddy, mesyuarat tetap Forum Ketua Pegawai Eksekutif India-Malaysia juga akan dipertingkat selaras dengan komposisi baharu barisan Ketua Pegawai Eksekutif baru-baru ini, manakala mesyuarat Suruhanjaya Bersama peringkat Menteri Luar juga dijadualkan diadakan lewat tahun ini untuk mengkaji kemajuan dalam keseluruhan rangkaian hubungan dua hala.
Reddy berpendapat pertukaran perspektif lebih luas mengenai isu serantau dan global sangat penting, dengan "mengambil kira kedinamikan geo-politik dan geo-ekonomi yang berubah pantas dengan implikasi meluas untuk kedua-dua negara".
Beliau berkata sudah tiba masanya untuk kedua-dua negara menyemak semula Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif India-Malaysia (MI-CECA) dua hala yang berkuat kuasa pada 2011 untuk mencerminkan keutamaan kontemporari kedua-dua negara.
Pesuruhjaya Tinggi itu menegaskan kedua-dua negara menyaksikan perubahan peringkat tinggi dalam kalangan menteri dan pegawai kanan kedua-dua negara dengan kedua-dua negara telah membuka sepenuhnya sekatan perjalanan. Beliau menyifatkan perkembangan ini tepat pada masanya memandangkan kedua-dua negara meraikan 65 tahun hubungan diplomatiknya.
"Hubungan perdagangan dan pelaburan mempunyai potensi untuk menjadi tonggak lebih kukuh dalam Perkongsian Strategik Dipertingkat. Saya yakin komuniti perniagaan India dan Malaysia akan memanfaatkan peluang baharu dalam perdagangan serta pelaburan ini. Saya juga mempelawa perniagaan Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada kisah pertumbuhan India, ketika India memulakan perjalanannya untuk menjadi negara maju menjelang 2047," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2022
Hubungan dua hala berada pada kedudukan terbaik untuk ditingkatkan berdasarkan kepada keutamaan yang ditunjukkan kerajaan Malaysia.
Niaga AWANI: Produktiviti pekerja meningkat 1.9 peratus pada suku pertama
Produktiviti pekerja Malaysia yang dinyatakan sebagai nilai ditambah setiap jam bekerja mencatatkan pertumbuhan 1.9 peratus dengan jumlah jam bekerja meningkat 2.2 peratus mencatatkan 9.5 bilion jam pada suku pertama, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Pesta dalam tren di luar pengetahun MOT – Anthony Loke
Begitupun, tegasnya, KTMB telah memberikan penjelasan dan menyatakan akan lebih tegas dalam garis panduan dan acara yang akan diadakan di tren miliknya pada masa hadapan.
Pertemuan Anwar-Kishida menilai kemajuan kerjasama dua negara
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawat dari Jepun, Fumio Kishida pada Khamis.
Niaga AWANI: Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada RM533.81 pada 15 Mei 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada AS$113.3 bilion pada 15 Mei 2024 berbanding AS$112.8 bilion 30 April 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
[TERKINI] Anwar pertahan hubungan dengan Hamas, gesa penyelesaian aman
Anwar berkata beliau telah memujuk mereka bagi mencari penyelesaian secara aman yang boleh diterima semua pihak memandangkan krisis kemanusiaan di sana sudah berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Rakyat Gaza berterima kasih pengiktirafan terhadap Palestin
Penduduk di Semenanjung Gaza menghargai pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara daripada Norway, Sepanyol dan Ireland. Pada masa sama, penduduk di wilayah terjejas itu turut menyeru tindakan konkrit untuk gencatan senjata, sesuatu yang sudah agak lama diperjuangkan mereka.
Terlerai sudah: 'Kami bukan lagi suami isteri' - Hisyam Hamid
Aktor Hisyam Hamid akhirnya mengakui perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun lalu, sudah pun terlerai.
Malaysia kekal ‘neutral’ berkenaan perang dingin AS-China
Malaysia tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam ketegangan yang berlaku antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Niaga AWANI: MSM catat untung bersih RM41.71 juta, pendapatan melonjak 54.1 peratus
MSM Malaysia Holdings Bhd mencatatkan untung bersih sebanyak
RM41.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.
#NiagaAWANI
RM41.71 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024.
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Inflasi dijangka tidak meningkat - Ambank Research
Inflasi Malaysia dijangka tidak meningkat walaupun rasionalisasi subsidi dilaksanakan selain purata inflasi pada tahun 2024 berkemungkinan lebih tinggi berbanding 2023.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
India ingin eratkan kerjasama dengan Malaysia dalam sektor industri pertahanan
India ingin mengeratkan lagi kerjasama dua hala dengan Malaysia menerusi koloborasi dalam industri pertahanan, kata Pesuruhanjaya Tinggi India ke Malaysia B.N. Reddy.
Anwar tiba di Sadao untuk lawatan kerja sehari
Perdana Menteri disambut rakan sejawatannya Srettha Thavisin.
PM Anwar tiba di Singapura untuk lawatan kerja dua hari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Singapura malam ini untuk lawatan kerja dua hari bersempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.
Menteri UK Anne-Marie Trevelyan akan lawat Malaysia
Menteri itu dijadual menyampaikan ucapan mengenai perniagaan dan tindakan iklim pada Bengkel PKS Sidang Tadbir Urus Iklim di Kuala Lumpur pada 6 Sept.
Kerjasama Polis Kelantan-Thailand banteras kegiatan penyeludupan
Polis Kelantan akan terus bekerjasama dan berhubung rapat dengan pihak polis Thailand khususnya dalam usaha mempertingkatkan kawalan sempadan.
PM Anwar bincang hubungan, kerjasama dua hala bersama empat pemimpin ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan mengadakan pertemuan dengan empat pemimpin ASEAN bagi membincangkan hubungan dan kerjasama dua hala.
Malaysia-Singapura bincang hubungan, kerjasama dua hala di Hainan - PM Anwar
Perkara itu dimaklumkan Anwar menerusi catatan di Facebook, di sini hari ini.
Lawatan PM ke Arab Saudi peluang tingkat kerjasama sedia ada, teroka kerjasama baharu - Duta
PM berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan tiga hari dan dijangka menghadap Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman Abdulaziz Al-Saud.
Australia komited jalin hubungan paling kukuh dengan Malaysia
Jalin kerjasama mendalam dalam pelbagai sektor, termasuk pendidikan, perdagangan dan pelaburan, pertahanan, keselamatan siber serta sains dan teknologi.
Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.