awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hume Cement jual anak syarikat kepada YTL Cement Sarawak untuk harga asas RM215 juta

Bernama
Bernama
12/12/2025
22:45 MYT
Hume Cement jual anak syarikat kepada YTL Cement Sarawak untuk harga asas RM215 juta
Cadangan penjualan HCCT dilaksanakan sebagai sebahagian daripada semakan strategik berterusan Hume Cement Industries Bhd dan anak syarikatnya untuk meningkatkan tumpuan operasi.
KUALA LUMPUR: Hume Cement Industries Bhd (HCIB) memeterai perjanjian bersyarat untuk menjual keseluruhan kepentingan ekuitinya dalam anak syarikat milik penuh, Hume Concrete Sdn Bhd (HCCT) kepada YTL Cement (Sarawak) Sdn Bhd (YTL Cement Sarawak) pada harga asas penjualan RM215 juta.
Syarikat induk YTL Cement Sarawak iaitu YTL Cement Bhd yang merupakan anak syarikat milik 96.11 peratus YTL Corporation Bhd, bertindak sebagai penjamin korporat bagi urus niaga berkenaan.
HCIB dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia semalam berkata cadangan penjualan HCCT yang mengeluarkan dan memasarkan konkrit serta produk berkaitan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada semakan strategik berterusan HCIB dan anak syarikatnya untuk meningkatkan tumpuan operasi.
Daripada hasil tersebut, kumpulan merancang untuk membelanjakan RM148.9 juta bagi peluang pelaburan dan rancangan pengembangan manakala RM63.8 juta diperuntukkan sebagai modal kerja.
Baki RM2 juta akan digunakan untuk menampung anggaran perbelanjaan berkaitan penjualan tersebut.
Cadangan penjualan itu tertakluk kepada kelulusan pemegang saham HCIB.
HCIB berkata Hong Leong Manufacturing Group Bhd yang memegang 72.77 peratus kepentingan dalam HCIB memberi jaminan untuk mengundi dengan menyokong penjualan berkenaan.
Ia menambah penjualan yang dicadangkan itu dijangka selesai pada suku kedua 2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#Sarawak
#Hume Cement
#YTL Cement
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan