awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan kelemahan dolar
Jumlah mangsa banjir di Pahang berkurangan
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ismanira tidak dibenar tangguh hukuman penjara lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IHP meningkat perlahan kepada 0.1 peratus pada Februari 2021

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
24/03/2021
04:07 MYT
IHP meningkat perlahan kepada 0.1 peratus pada Februari 2021
Uzir berkata, daripada 552 item yang diliputi di dalam IHP, 326 item menunjukkan peningkatan pada Februari 2021. - Foto DOSM
KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan Februari 2021 menunjukkan peningkatan 0.1 peratus 122.5 berbanding 122.4 pada bulan yang sama pada tahun sebelumnya, lapor Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata daripada 552 item yang diliputi di dalam IHP, 326 item menunjukkan peningkatan pada Februari 2021, sementara 147 item mencatatkan penurunan manakala 79 item tidak berubah.
"Peningkatan IHP keseluruhan ini adalah didorong oleh peningkatan indeks Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (1.6 peratus); Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (1.4 peratus); Minuman Alkohol dan Tembakau (0.7 peratus); Kesihatan (0.7 peratus); Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraaan Isi Rumah (0.3 peratus); Perkhidmatan Rekreasi dan Kebudayaan (0.1 peratus) dan Pendidikan (0.1 peratus) yang menyumbang 50.7 peratus kepada keseluruhan wajaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelas beliau, berdasarkan prestasi 552 item mengikut kategori barangan dan perkhidmatan, Barang Tidak Tahan Lama iaitu 296 item adalah kategori paling banyak mengalami kenaikan harga iaitu 201 item, 79 item menurun dan 16 item tidak berubah berbanding kategori Perkhidmatan, Barang Semi Tahan Lama dan Barang Tahan Lama.
Bagaimanapun, Pengangkutan menurun 2.0 peratus kepada 111.6 berbanding 113.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, yang menyumbang 14.6 peratus daripada keseluruhan wajaran IHP.
Indeks Harga Pengguna Februari 2021
Indeks Harga Pengguna Februari 2021
"Selain itu, Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain turut menunjukkan penurunan 0.8 peratus dan diikuti oleh Pakaian dan Kasut (-0.4 peratus) serta Restoran dan Hotel (-0.3 peratus).
"Sementara itu, IHP bagi tempoh Januari hingga Februari menurun 0.1 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.
Bagi perbandingan bulanan, IHP turut meningkat 0.3 peratus berbanding Januari 2021.
Sementara itu, bagi perbandingan bulanan, IHP turut meningkat 0.3 peratus berbanding Januari 2021 yang disumbangkan oleh Pengangkutan (2.3 peratus); Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan Api Lain (0.2 peratus) dan Hiasan, Perkakasan dan Penyelenggaraan Isi Rumah (0.2 peratus).
"IHP tanpa bahan api meningkat 0.4 peratus pada Februari 2021 kepada 113.6 berbanding 113.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
"IHP tanpa bahan api adalah meliputi semua barang dan perkhidmatan kecuali Petrol Tanpa Plumbum RON95, Petrol Tanpa Plumbum RON97 dan Diesel," katanya.
Purata harga Petrol Tanpa Plumbum RON95 menunjukkan penurunan pada Februari 2021 iaitu RM1.96 per liter berbanding RM2.07 pada Februari 2020.
Di samping itu, purata harga Petrol Tanpa Plumbum RON97 menurun kepada RM2.26 per liter berbanding RM2.37 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, manakala purata harga Diesel kekal pada harga RM2.13 berbanding Februari 2020.
Tujuh negeri iaitu Terengganu (0.8 peratus), Kelantan (0.7 peratus), Selangor dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (0.4 peratus), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (0.2 peratus), Pulau Pinang (0.2 peratus), Perak (0.2 peratus) dan Pahang (0.2 peratus) menunjukkan peningkatan melepasi paras IHP nasional 0.1 peratus pada Februari 2021 berbanding Februari 2020.
Topic Berkaitan
#Indeks Harga Pengguna
#IHP
#Inflasi
#harga pengguna
#Jabatan Perangkaan
#DoSM
#barangan dan perkhidmatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan