KUALA LUMPUR: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan pada November 2021 meningkat 12.6% berbanding penurunan 3% yang dicatatkan pada bulan yang sama 2020, terutama didorong oleh lonjakan kos bahan mentah.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ini menandakan lapan bulan berturut-turut inflasi dari perspektif pengeluar mencatatkan peningkatan dua angka pada tahun ini.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan IHPR pengeluaran tempatan pada November 2021 disumbangkan oleh indeks perlombongan yang melonjak 71.2% berbanding kejatuhan 45.8% yang dicatatkan pada November 2020.
“Peningkatan harga minyak mentah (79.8%) dan gas asli (38.2%) telah menyumbang kepada kenaikan ini,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Beliau berkata indeks pertanian, perhutanan dan perikanan juga meningkat namun pada kadar yang perlahan iaitu 19.1% berbanding November 2020, 21.5 %, sebahagian besarnya disebabkan oleh peningkatan dalam indeks buah tandan segar kelapa sawit (25.2%), ayam (18.1%) dan telur ayam (8.3%).
Tambahan pula katanya, indeks pembuatan meningkat 8.4% pada November 2021 disumbangkan oleh indeks bagi subsektor pembuatan produk petroleum bertapis (26.2%) dan pembuatan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan 21.9%.
Ujarnya, indeks bekalan air meningkat secara marginal 0.2% bagaimanapun indeks bekalan elektrik dan gas susut 0.3%.
"Melihat kepada perbandingan bulan ke bulan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 1.4 % pada November 2021.
"Peningkatan ini disumbangkan oleh kenaikan 5.9% dalam indeks pertanian, perhutanan dan perikanan, terutamanya disebabkan oleh indeks penanaman tanaman kekal (8.3%), penanaman tanaman tidak kekal (3.0%) dan pengeluaran ternakan (1.2%), katanya.
Mengulas mengenai harga komoditi yang melambung tinggi baru-baru ini, Mohd Uzir berkata memandangkan cuaca sejuk, angin kencang ditambah dengan hujan lebat di kebanyakan tempat di Malaysia menjadi antara faktor kenaikan kos komoditi terutama sayur-sayuran.
Beliau berkata bilangan pekerja yang tidak mencukupi di kawasan ladang juga mengurangkan bilangan keluaran, seterusnya mengakibatkan gangguan bekalan dan kenaikan harga.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Fri Dec 31 2021
IHPR pengeluaran tempatan pada November 2021 meningkat 12.6% berbanding penurunan 3% yang dicatatkan pada bulan yang sama 2020, terutama didorong oleh lonjakan kos bahan mentah. - Gambar hiasan
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Indeks Harga Pengeluar terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia, yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus turun 2.4 peratus pada Oktober 2024, berbanding 2.1 peratus pada bulan sebelumnya.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus pada Jun 2024 - DOSM
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Jun 2024 berbanding 1.4 peratus pada bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 1.4 peratus pada Mei 2024 - Perangkaan
Mohd Uzir Mahidin berkata sama seperti bulan sebelumnya, semua sektor mencatatkan peningkatan pada Mei 2024.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia meningkat 0.3 peratus pada Februari - DOSM
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 0.3 peratus pada Februari 2024.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia susut 0.6 peratus pada Januari 2024 - DOSM
Penyusutan itu terutamanya berikutan IHPR sektor perlombongan yang menyusut 1.3 peratus berbanding 3.4 peratus pada Disember 2023.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur susulan aliran menurun di pasaran ekuiti global
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.91 mata kepada 1,440.60 daripada paras penutup 1,442.51 pada Rabu.
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menambah nilai kepada 4.5425/5480 berbanding dolar AS daripada 4.5800/5845 pada penutupan Khamis.
Indeks Harga Pengeluar menurun 4.6% pada Mei 2023 - DOSM
DOSM berkata, pada asas bulanan, IHPR pengeluaran tempatan menurun sebanyak -0.4%, selepas peningkatan 0.2% pada bulan sebelumnya.
Indeks Harga Pengeluar Malaysia turun -3.0 peratus pada April 2023 - DOSM
Penguncupan IHPR bagi April disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan serta perlombongan, kata DOSM dalam satu kenyataan hari ini.
Indeks Harga Pengeluar susut kepada 7.6 peratus pada Julai 2022 - Jabatan Perangkaan
IHPR pada Julai 2022 disumbangkan oleh indeks pembuatan pada 9.9 peratus berbanding 10.0 peratus pada Jun 2022.