KUALA LUMPUR: Indeks nilai seunit eksport Malaysia susut 0.9 peratus kepada 148.0 mata pada Disember 2023 berbanding 149.3 mata dalam bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat.
Indeks nilai seunit import turun 1.0 peratus kepada 129.6 mata daripada 130.9 mata manakala terma perdagangan Malaysia sebaliknya meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 114.6 mata.
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan indeks nilai seunit eksport pada Disember 2023 berbanding bulan sebelumnya adalah disumbangkan oleh kejatuhan indeks minyak dan lemak binatang dan sayur-sayuran (-3.6 peratus), minyak galian (-2.4 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (-0.5 peratus).
"Pada masa sama, indeks volum eksport susut 1.8 peratus selaras dengan penyusutan indeks minyak galian (-14.8 peratus), makanan (-8.0 peratus) dan bahan kimia (-3.9 peratus)," katanya dalam kenyataan Indeks Perdagangan Luar Negara Malaysia Disember 2023.
Penerbitan itu memaparkan statistik indeks nilai seunit, indeks volum dan terma perdagangan meliputi 10 seksyen komoditi produk barangan selaras dengan Klasifikasi Standard Perdagangan Antarabangsa (SITC).
Menjelaskan selanjutnya, Mohd Uzir berkata indeks volum eksport pelarasan bermusim merosot 9.3 peratus daripada 155.4 mata kepada 140.9 mata.
Merujuk kepada perbandingan tahunan, indeks nilai seunit naik 2.4 peratus manakala indeks volum jatuh 12.0 peratus, katanya.
Indeks nilai seunit import turun 1.0 peratus pada Disember 2023 pula disumbangkan oleh penurunan indeks minyak galian (-4.5 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-0.5 peratus) dan bahan kimia (-0.5 peratus).
Selain itu, indeks volum import turut turun 1.6 peratus pada Disember 2023 berbanding bulan sebelumnya, didorong oleh kejatuhan dalam indeks bahan kimia (-6.3 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-3.8 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (-1.2 peratus).
Indeks volum import pelarasan bermusim pula naik 0.2 peratus daripada 188.1 mata kepada 188.4 mata. Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit import menyusut 0.3 peratus manakala indeks volum bertambah 3.4 peratus, katanya.
Mohd Uzir berkata di samping itu, terma perdagangan Malaysia meningkat 0.1 peratus bulan ke bulan kepada 114.6 mata pada Disember 2023, dipacu oleh peningkatan indeks minyak galian (2.2 peratus), makanan (+0.9 peratus) dan bahan mentah tidak boleh dimakan (+0.8 peratus).
Terma perdagangan Malaysia tahun ke tahun menokok 2.7 peratus daripada 111.6 mata pada Disember tahun lepas, katanya.
--- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024
Mohd Uzir berkata indeks volum eksport pelarasan bermusim merosot 9.3 peratus daripada 155.4 mata kepada 140.9 mata. - Gambar fail/BERNAMA
Kenaikan gaji: Fahami konteks, berlaku adil buat perbandingan - Fahmi
Isu timbul selepas ada pihak mendakwa kenaikan paling tinggi adalah sebanyak 35 peratus pada era pentadbiran perdana menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
ADUN Sungai Bakap ditidurkan akibat keradangan perut
Muhammad Fauzi dimaklumkan oleh ahli keluarga Nor Zamri berhubung keadaan kesihatan beliau yang ketika ini ditidurkan.
NCEC setuju transformasi perundangan sisa pepejal diadakan - KPKT
Mesyuarat NCEC bersetuju mengadakan transformasi perundangan bagi sisa pepejal.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
Semakan gaji penjawat awam adalah wajar untuk hadapi inflasi - Ahli ekonomi
Semakan gaji penjawat awam adalah munasabah, sudah lama tertunggak dan wajar untuk menghadapi inflasi, kata seorang ahli ekonomi.
Isu terpalit FAM tak jejas Harimau Malaya - Faisal
Faisal sifatkan barisan pemain skuad kebangsaan tidak terjejas dengan isu yang terpalit Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini.
Kenaikan gaji: Tingkat produktiviti, kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat - KPPA
Semua anggota perkhidmatan awam perlu meningkatkan produktiviti dan kecekapan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat seiring pengumuman kenaikan gaji.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Indeks perdagangan luar negara naik sedikit pada Oktober - Jabatan Perangkaan
Harga eksport Malaysia pada Oktober 2023 meningkat 1.2 kepada 146.4 mata peratus daripada 144.6 mata pada bulan sebelumnya.
Sekatan India beri impak kecil terhadap sawit Malaysia - Standard Chartered
Secara amnya perkembangan itu akan hanya memberi sokongan kepada harga minyak sawit mentah (MSM).
Kemasukan Malaysia dalam senarai manipulator mata wang mungkin helah Washington - Pakar
Ia dijangka tidak memberi kesan ketara memandangkan negara ini memiliki dasar perdagangan yang baik, reputasi ekonomi, serta keseimbangan luaran yang besar.
Matrade wujudkan semula geran pembangunan
Matrade mewujudkan semula Geran Pembangunan Pasaran (MDG) pada 1 Jan tahun ini selepas menggantungkannya tahun lepas.