NEW DELHI: India mengimport 155,058 tan minyak sawit dari Malaysia pada Jun.

Jumlah itu terdiri daripada 139,932 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 15,126 tan minyak sawit ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD), menurut data yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) pada Isnin.

Jumlah import minyak sawit India pada Jun adalah sebanyak 683,133 tan berbanding 439,173 tan pada Mei.

Import minyak boleh dimakan India secara keseluruhannya pada bulan lepas ialah kira-kira 1.3 juta tan, meningkat 24.5 peratus daripada Mei.

Pengurangan mendadak harga minyak boleh dimakan domestik telah meningkatkan permintaan, membawa kepada import yang lebih tinggi pada bulan lepas, kata agensi perdagangan India itu.

-- BERNAMA