KUALA LUMPUR: Indikator ekonomi utama Malaysia menunjukkan momentum pemulihan yang menggalakkan bagi suku keempat 2021 dan tempoh 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata walaupun Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merekodkan penyusutan 4.5 peratus pada suku ketiga namun peralihan berterusan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah mengurangkan impak terhadap penguncupan KDNK Malaysia yang dicerminkan menerusi penyusutan kecil 1.1 peratus pada September 2021 berbanding Ogos 2021 (-4.7 peratus) dan Julai (-7.6 peratus).
"Dari segi penawaran, semua sektor menyusut pada suku ini, manakala dari segi permintaan, perbelanjaan penggunaan akhir swasta dan pembentukan modal tetap kasar mencatatkan penurunan, kecuali perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan yang kekal positif pada suku ketiga 2021.
"Ekonomi Malaysia meningkat 3.0 peratus bagi tempoh sembilan bulan dari Januari hingga September 2021 berbanding negatif 6.4 peratus tahun yang lalu," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Ia bagi mengulas Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 11/2021 yang diterbitkan DOSM.
MESR ini menumpukan senario ekonomi pada September 2021 dan prestasi ekonomi bagi suku ketiga tahun ini serta beberapa sorotan statistik akan datang bagi Oktober 2021.
Laporan ini juga dilengkapi dengan artikel khas bertajuk 'COVID-19: Kesan Krisis Kesihatan Global Terhadap Perdagangan Barangan Malaysia' yang memperihalkan prestasi perdagangan dan tinjauan perdagangan pascapandemik terhadap bekalan barangan terpilih yang berkaitan COVID-19.
Mengenai perdagangan luar negara, Mohd Uzir berkata Imbangan Akaun Semasa (CAB) Malaysia pada suku ketiga 2021 merekodkan lebihan RM11.6 bilion, berikutan defisit yang lebih tinggi dalam akaun Pendapatan.
Beliau berkata akaun barangan mencatatkan lebihan lebih tinggi sebanyak RM41.2 bilion apabila eksport menyusut pada kadar yang lebih perlahan berbanding import.
"Dari segi prestasi pelaburan, pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia terus mencatatkan aliran masuk RM12.8 bilion daripada RM8.2 bilion manakala pelaburan langsung Malaysia di luar negara (DIA) berubah kepada aliran masuk bersih RM4.7 bilion berbanding aliran keluar bersih RM4.0 bilion pada suku sebelumnya," katanya.
Beliau berkata prestasi jumlah dagangan Malaysia pada suku ketiga 2021 meningkat 18.1 peratus kepada RM546.2 bilion berbanding suku yang sama tahun sebelumnya.
Pertumbuhan kukuh ini disumbangkan oleh pembukaan semula aktiviti ekonomi domestik dan permintaan luaran yang berterusan, katanya.
Beliau berkata pada tempoh yang sama, import meningkat 21.0 peratus mengatasi pertumbuhan eksport sebanyak 15.8 peratus yang masing-masing mencatatkan RM242.5 bilion dan RM303.7 bilion.
Mohd Uzir berkata Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) merekodkan penurunan 1.1 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2021 berikutan pertumbuhan negatif yang dicatatkan dalam semua komponen IPP iaitu perlombongan, pembuatan dan elektrik.
Beliau berkata bagaimanapun bagi September 2021, IPP pulih kepada 2.5 peratus tahun ke tahun, terutama didorong oleh peningkatan 4.0 peratus dalam indeks pembuatan.
Nilai jualan sektor pembuatan pada suku ketiga 2021 meningkat 6.4 peratus tahun ke tahun kepada RM381.8 bilion dan mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun yang lebih baik iaitu 11.6 peratus pada September 2021.
"Sementara itu, hasil sektor perkhidmatan merosot 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM391.0 bilion pada suku ketiga tahun 2021 dipengaruhi oleh permintaan yang lebih perlahan berikutan kebanyakan negeri masih dalam Fasa Satu dan fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada hampir keseluruhan suku tahun tersebut.
Mengenai harga, Mohd Uzir berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan peningkatan 2.2 peratus pada suku ketiga 2021 manakala Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan meningkat 11.8 peratus tahun ke tahun.
"Mengenai pasaran buruh pada suku ketiga 2021, bilangan penduduk bekerja mencatatkan kenaikan 1.2 peratus tahun ke tahun untuk merekodkan 15.27 juta orang. Kadar pengangguran kekal pada 4.7 peratus sementara bilangan penganggur meningkat marginal 0.2 peratus kepada 746.2 ribu orang," katanya.
Indeks Pelopor (IP) kembali kepada pertumbuhan positif 0.6 peratus pada September 2021 selepas merekodkan penurunan 2.3 peratus pada Ogos.
"Secara keseluruhannya, ini menandakan prospek ekonomi yang lebih baik pada bulan-bulan akan datang. Ini adalah selari dengan penemuan terkini Statistik Kecenderungan Perniagaan yang menunjukkan keyakinan perniagaan bertambah baik pada suku keempat 2021.
"Keyakinan perniagaan mencatatkan penurunan marginal terutamanya disumbangkan oleh sektor industri dan perdagangan borong dan runcit di mana petunjuk keyakinan bagi sektor-sektor tersebut akan pulih kepada trajektori positif," katanya.
Mohd Uzir berkata pengumuman belanjawan yang bercirikan pengembangan bagi 2022 dengan tema "Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera" dijangka dapat meminimumkan tekanan ekonomi dan memacu pertumbuhan ekonomi ke landasan yang betul, di samping pelaksanaan program vaksinasi berterusan dan pembukaan semula perjalanan rentas negeri.
Beliau berkata walaupun prestasi ekonomi keseluruhan mencatatkan penyusutan pada suku ketiga 2021, kebanyakan petunjuk ekonomi menunjukkan peningkatan secara beransur-ansur terutama pada September 2021.
Beliau berkata secara keseluruhannya, kelonggaran sekatan secara berperingkat dijangka menggalakkan pemulihan segmen ekonomi yang terjejas seperti pelancongan, kesenian dan rekreasi serta pengangkutan.
"Bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ini dirangka ke arah komitmen untuk mencapai pemulihan penuh pada 2022. Inisiatif strategik jangka pendek yang merangkumi langkah-langkah untuk memastikan bantuan berterusan sampai kepada kumpulan dan sektor yang terjejas akan meningkatkan pemulihan ekonomi negara," katanya.
Beliau berkata melangkah ke hadapan, menerusi inisiatif-inisiatif ini ditambah dengan rancangan jangka sederhana yang lebih holistik iaitu Rancangan Malaysia Ke-12, ia dapat merangsang pengembangan ekonomi seterusnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 26 2021
Prestasi jumlah dagangan Malaysia pada suku ketiga 2021 meningkat 18.1 peratus kepada RM546.2 bilion berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. - Gambar fail
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
Inflasi Malaysia pada Jun terkawal, kekal 2% pada bulan pertama rasionalisasi subsidi
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Jun 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.0 berbanding 130.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.