awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri getah bukan industri malap - Siew Keong

Bernama
Bernama
21/02/2017
02:04 MYT
Industri getah bukan industri malap - Siew Keong
Industri getah Malaysia bukan industri yang malap susulan permintaan pelbagai negara bagi produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi. - Gambar hiasan
Industri getah Malaysia bukan industri yang malap susulan permintaan bagi produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi dari pelbagai negara, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.
Beliau berkata Malaysia mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan produk getah dengan kejuruteraan bernilai tinggi yang digunakan terutamanya dalam bidang kejuruteraan gempa bumi dan getaran.
Mah berkata pengeluar Malaysia telah membekalkan galas getah seismik ke negara-negara yang mempunyai aktiviti seismik yang tinggi seperti New Zealand, Iran, Indonesia, Turki dan China.
"Produk getah kita bertaraf dunia. Oleh itu, industri getah sudah tentu bukan industri yang malap," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang Doshin Rubber Products (M) Sdn Bhd di sini pada Isnin.
Mah berkata produk hiliran getah di Malaysia akan menjadi sebahagian daripada Transformasi Nasional 2050 ke arah mengeluarkan produk dengan nilai tambah yang tinggi dan berteknologi tinggi.
Beliau turut memuji Doshin, antara pengeluar produk getah terbesar bagi tujuan kejuruteraan, yang bukan sahaja mengeluarkan galas berstruktur, tetapi juga menjadi penggiat utama dalam industri penebat getaran dan perlindungan daripada gempa bumi.
Mah berkata eksport galas berstruktur, yang dikategorikan sebagai produk teknikal dalam sektor barangan getah industri dan am, mencatat peningkatan yang ketara dalam beberapa tahun ini.
Beliau berkata eksport galas berstruktur Malaysia meningkat sebanyak 36.2 peratus kepada RM14.14 juta pada 2016 berbanding RM10.38 juta pada 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#China
#Datuk Seri Mah Siew Keong
#Indonesia
#Iran
#New Zealand
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan