Industri kewangan Islam Malaysia perlu bekerja secara kolektif dan berterusan untuk menangani pelbagai cabaran dan memperbaiki kelemahan sambil terus berkembang, berinovasi dan maju, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, kewangan Islam perlu dapat bersama dengan perubahan pantas industri kewangan, permintaan dan tawaran, tanpa mengabaikan kesetiaan kepada prinsip dan etika Syariah.
"Adalah penting untuk memastikan bahawa sistem kewangan Islam terus relevan, berdampak dan berdikari pada masa depan, " katanya pada Majlis penutupan Pameran Pelaburan Syariah Bursa Malaysia 2017 di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, fikiran terbaik dalam kewangan Islam dan pasaran modal Islam digalakkan untuk memikirkan peranan kewangan Islam pada masa hadapan, dan bagaimana menyumbang kepada masyarakat dan memberikan nilai sebenar bagi ekonomi sebenar dalam aspek pelaburan Syariah.
Johari berkata, Malaysia juga mengiktiraf terangkuman kewangan sebagai keutamaan dasar dan terus memupuk akses yang lebih besar untuk menangani jurang yang masih wujud.
"Hari ini, terangkuman kewangan telah menjadi agenda dasar global yang penting untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan," katanya.
Menurutnya, sebagai sebuah negara yang meletakkan kepentingan tinggi terhadap keterangkuman kewangan, Malaysia menghargai bahawa mempromosi kewangan inklusif adalah kunci ke arah mencapai pertumbuhan dengan ekuiti dan seterusnya membantu negara merealisasikan matlamat untuk berkongsi kemakmuran ekonomi secara adil dalam kalangan semua rakyat.
""Hari ini, kemunculan teknologi dan teknologi kewangan (fintech) baharu akan mentakrifkan semula usaha kita untuk mengukuhkan keterangkuman kewangan kita.
"Ketika kita terus berkhidmat kepada lapan peratus kumpulan yang tidak mendapat perkhidmatan bank melalui pelbagai usaha seperti bank ejen dan pembekal perkhidmatan bukan bank seperti penerbit e-wang dan pengiriman wang, kita juga meneliti untuk mendemokrasi pelaburan dalam keseluruhan agenda terangkuman kewangan," katanya.
Menurutnya, dengan penembusan Internet yang semakin meningkat serta adanya pelbagai platform pembiayaan alternatif, aktiviti pelaburan tidak lagi eksklusif untuk "pelabur bertauliah" tetapi lebih mudah diakses oleh orang ramai.
Sementara itu, beliau berkata, untuk menangani aktiviti penipuan yang melibatkan pelaburan haram di negara ini, pendidikan pelabur memainkan peranan penting dalam memastikan perlindungan pelabur yang mencukupi dan langkah berjaga-jaga untuk mengelak menjadi mangsa skim berniat jahat itu.
"Untuk mengelak dan membetulkan keadaan ini, rakyat Malaysia perlu mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengurus kewangan mereka dengan berkesan, " katanya.
Beliau berkata, membina keupayaan dan kecelikan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah penting dan keutamaan negara, termasuk keupayaan untuk membuat keputusan pelaburan yang baik, membina dan mengurus kekayaan dan bersedia secukupnya untuk persaraan.
"Inisiatif pendidikan pelabur untuk membangunkan kecelikan kewangan dan pelaburan dalam kalangan pelajar sekolah, kolej dan universiti amat penting dalam membangunkan pelabur generasi akan datang untuk menjadi lebih bijak pelaburan," katanya.
Oleh itu, beliau berkata, kerajaan mengalu-alukan lebih banyak program pendidikan kewangan dan pelaburan untuk memastikan generasi muda negara menjadi celik kewangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2017
Johari (tengah) berkata kewangan Islam perlu dapat bersama dengan perubahan pantas industri kewangan, permintaan dan tawaran, tanpa mengabaikan kesetiaan kepada prinsip dan etika Syariah. -Bernama
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.