Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menjalinkan kerjasama dengan Microsoft Malaysia untuk memperkenalkan teknologi bertaraf dunia di Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).
Ia bagi mempersiapkan bakat muda Malaysia menghadapi revolusi perindustrian ke 4 atau Industri 4.0.
Di bawah transformasi digital ILKBS, sekolah vokasional akan mengguna pakai kurikulum Microsoft dan memanfaatkan Microsoft Imagine Academy bagi melatih pelajar.
Kurikulum Microsoft yang dikenali sebagai teknologi ‘Smart Factory’ akan diperkenalkan di lapan institut di bawah naungan KBS, untuk pelajar yang mengikuti kursus pembuatan mekanikal.
"Apa yang penting dalam inisiatif ini adalah, kita mensimulasikan persekitaran untuk pelatih kita.
"Apabila mereka berada di ‘Smart Factory’, mereka akan dilatih bagi pekerjaan untuk masa hadapan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurutnya, inisiatif digital ILKBS tersebut bertujuan membangunkan modal insan yang bersedia untuk memenuhi keperluan masa depan, sebagai tindak balas terhadap persekitaran global yang berubah dengan melengkapkan alatan seiring perubahan industri.
Ia juga mencerminkan aspirasi golongan belia Malaysia dari Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menyuarakan hasrat melihat institusi pendidikan Malaysia mencapai penarafan 10 teratas di peringkat global.
Pelaksanaan inisiatif berkenaan akan dimulakan secara berfasa sehingga tahun 2020.
Lapan institusi terbabit adalah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Sepang, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Bukit Mertajam, IKTBN Pagoh, IKTBN Temerloh, IKTBN Chembong, IKTBN Jitra dan IKTBN Miri.
Institut itu akan menikmati kemudahan saluran di bawah Microsoft Imagine Academy termasuk laluan sains data, laluan sains computer, asas awan, asas kemudah-alihan dan peranti, dan asas keselamatan.
Kerjasama ini mensasarkan untuk melatih 10,000 pelajar menjelang 2020.
Astro Awani
Thu Jan 18 2018
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin melancarkan Inisiatif Digital Institut Latihan Belia dan Sukan (ILKBS) Ke Arah Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan kerjasama Microsoft Malaysia di Ibu Pejabat Microsoft Malaysia. - fotoBERNAMA
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Lebih ramai belia bukan Bumiputera diseru libatkan diri dalam program kerajaan
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker menyeru lebih ramai belia bukan Bumiputera untuk tampil ke hadapan dan melibatkan diri dalam program anjuran kerajaan.
Ibu bapa perlu hapus stigma kurang enak terhadap ILKBS
Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kebolehpasaran graduan ILKBS ialah sebanyak 95 peratus.
Inisiatif digital ILKBS sebagai persediaan hadapi Industri 4.0
Ia bagi mempersiapkan bakat muda Malaysia menghadapi revolusi perindustrian ke 4 atau Industri 4.0.