awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif cukai SFZ Forest City dimuktamad hujung bulan ini - MB Johor

Bernama
Bernama
13/05/2024
11:00 MYT
Insentif cukai SFZ Forest City dimuktamad hujung bulan ini - MB Johor
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Kerajaan akan memuktamadkan cadangan insentif cukai bagi menarik pelaburan dalam sektor kewangan di Zon Kewangan Khas (SFZ) di Forest City di sini hujung bulan ini.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata perkembangan itu dimaklumkan Kementerian Kewangan ketika Mesyuarat Khas pembangunan Negeri Johor yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 18 April lepas.
"Antara yang dibincangkan melibatkan tawaran insentif fiskal daripada Kerajaan Persekutuan termasuk pengecualian dan penetapan kadar khas cukai korporat kepada syarikat bagi aktiviti ekonomi yang berkelayakan; penetapan kadar khas cukai pendapatan individu kepada tenaga kerja mahir; dan pengecualian dan pengurangan duti stem bagi instrumen berkaitan pindah milik hartanah dan saham.
"Bagi insentif bukan fiskal pula termasuk melibatkan polisi berkaitan visa dan perkhidmatan imigresen bagi mempertingkatkan lagi aliran pergerakan khususnya melibatkan pintu masuk Malaysia dan Singapura," katanya.
Beliau menjawab soalan lisan Andrew Chen Kah Eng (PH-Stulang) mengenai status terkini perkembangan SFZ di Forest City pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.
Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata kerajaan negeri berharap SFZ bakal menjadi pelengkap dan pemangkin yang dapat menggandakan ekonomi negeri, di samping menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Johor.
Ini kerana pembangunan SFZ akan turut melibatkan peningkatan infrastruktur seperti jalan raya, pengangkutan awam dan kemudahan sokongan lain sekali gus meningkatkan aksesibiliti dan kualiti hidup di kawasan sekitar yang dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat, katanya.
Pada 18 April lepas, Anwar dilapor berkata projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan SFZ mampu memacu ekonomi Johor mengatasi negeri-negeri lain dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insentif cukai
#sfz
#Forest City
#onn hafiz ghazi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan