Industri insurans am dijangka mencatat pertumbuhan yang lebih baik tahun ini berbanding pertumbuhan 2.5 hingga 3.5 peratus yang dijangkakan bagi 2016, didorong oleh keyakinan pengguna.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII) Datuk Syed Moheeb Syed Kamarulzaman berkata pasaran menyaksikan jumlah jualan kereta yang lebih baik pada akhir tahun lepas, yang dijangkakan berterusan pada 2017.
"Dengan mengambil kira 48 peratus daripada premium insurans am disumbangkan oleh segmen permotoran, kami yakin masih ada elemen keyakinan," katanya kepada pemberita di luar acara Seminar Pembangunan Bakat di sini hari ini.
Syed Moheeb berkata satu lagi petunjuk jelas mengenai peningkatan keyakinan pengguna ialah harga pasaran yang lebih tinggi untuk kereta terpakai, yang juga menunjukkan permintaan yang lebih tinggi.
"Dalam tempoh mencabar, wujud kecenderungan untuk harga kereta terpakai menjadi lebih rendah. Namun, nilai pasaran kini semakin meningkat, yang menunjukkan orang sudah mula membeli.
Seminar sehari bertema 'Persediaan untuk Tempat Kerja Masa Depan, Hari ini', dianjurkan oleh MII bagi menangani isu serius kekurangan bakat dan kemahiran dalam industri perkhidmatan kewangan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Syed Moheeb berkata MII aktif dalam membantu industri untuk merapatkan jurang (kekurangan bakat dan kemahiran) dengan membangunkan program yang membantu memperakui idea baharu.
"Sebagai badan profesional dan institut pendidikan industri, MII mahu menjadi rakan pembelajaran dan pendidikan kepada industri insurans, dalam menyediakan bakat untuk masa depan," katanya.
Pada Ogos tahun lepas, Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) mengumumkan industri insurans am mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak tiga peratus bagi tempoh enam bulan pertama 2016 bernilai RM9.34 bilion berbanding RM9.07 bilion dalam tempoh yang sama pada 2015.
Ia berkata segmen insurans motor merupakan penyumbang terbesar, meningkat 0.7 peratus kepada RM4.12 bilion daripada RM4.09 bilion yang dicatatkan pada separuh pertama 2015.
Bagi tempoh setahun penuh 2016, PIAM menjangkakan insurans am tumbuh antara 2.5 dan 3.5 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 15 2017
48 peratus daripada premium insurans am disumbangkan oleh segmen permotoran. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.