KUALA LUMPUR: IOI Corp Bhd. akan memberi tumpuan kepada penanaman durian membabitkan kawasan seluas 200 hektar dalam tempoh 5 tahun (2020 hingga 2024) dalam usahanya mengurangkan kebergantungan kepada penanaman sawit.
Dalam pembentangan slaid sempena Hari Korporat CGS-CIMB ke-14 secara maya, kumpulan itu turut menyasarkan untuk menanam kelapa di kawasan seluas 5,000 hektar dan 300 hektar dengan tanaman kenaf.
Bagaimanapun, IOI Corp mahu meningkatkan hasil minyak perladangan sebanyak 15% menjelang 2024.
Katanya, sasaran itu boleh dicapai dengan memastikan penggunaan baja yang betul untuk meningkatkan sasaran hasil.
"Kumpulan merancang untuk mengurangkan tenaga kerja lebih daripada 25% dalam tempoh 2 tahun lalu dan meningkatkan produktiviti pekerja ladang sebanyak 3% setiap tahun.
"Di samping itu, IOI Corp. juga mahu meningkatkan jumlah jualan bagi segmen oleokimia sebanyak 15% dan keuntungan sebanyak 25%," katanya seperti dilapor TheEdge pada Rabu.
Pada Februari lalu, syarikat perladangan ini menjangkakan, ia akan menuai hasil nenas MD2 yang banyak serta tanaman kontan lain apabila ia sudah masak.
IOI Corp sebelum ini berkata dengan kecekalan dan kegigihan pasukan Sagil Estate di Tangkak, Johor, 25,000 nanas MD2 telah ditanam setiap bulan sejak Ogos 2020.
Pada suku pertama berakhir 30 September 2021, kumpulan merekodkan untung bersih sebanyak RM277.6 juta, hanya susut sedikit berbanding RM277.9 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Pendapatan bagi tempoh itu bagaimanapun meningkat kepada RM3.6 bilion daripada RM2.48 bilion tahun sebelumnya.
Keuntungan bagi segmen perladangan kumpulan dalam suku pertama itu melonjak 78% kepada RM487 juta, manakala segmen pembuatan berasaskan sumber meningkat 16% kepada RM46.1 juta.
Bagi segmen perladangan, IOI Corp. menjangkakan pengeluaran minyak sawit mentah yang lebih rendah daripada jangkaan awal berikutan kesan cuaca buruk yang timbul daripada fenomena La Nina dan situasi kekurangan buruh yang tidak dapat diselesaikan. - DagangNews.com
Dagang News
Thu Jan 27 2022

Tanaman durian akan menjadi fokus IOI Corp untuk mengurangkan kebergantungan kepada penanaman sawit. -Gambar fail/Bernama

Kemalangan Maut | Remaja mengaku tidak bersalah memandu tanpa lesen
Seorang remaja lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani, hari ini atas dua pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan dua pemotong rumput maut dalam kemalangan 7 Mei lalu. Tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

Kesihatan | Johor berdepan kekurangan 18,000 jururawat
Johor berdepan masalah kekurangan antara 15,000 hingga 18,000 jururawat susulan kecenderungan golongan penjawat itu memilih bekerja dalam sektor kesihatan di Singapura.
![[TERKINI] SPA nafi tawar khidmat berbayar lantikan ke perkhidmatan awam [TERKINI] SPA nafi tawar khidmat berbayar lantikan ke perkhidmatan awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967651/7372780581652941766017_640x360.jpg)
[TERKINI] SPA nafi tawar khidmat berbayar lantikan ke perkhidmatan awam
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menafikan penawaran perkhidmatan berbayar kepada mana-mana individu untuk dilantik ke dalam perkhidmatan awam.

Isu Perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincang PM dan Menteri Luar Singapura
Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan,

HFMD | Terengganu tutup taska, tadika jika tidak terkawal
Terengganu akan menutup taska dan tadika sekiranya penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menjadi tidak terkawal di premis tersebut. Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata setakat Selasa, kes HFMD di negeri itu meningkat 10 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu.

Hong Leong AM | Pemenang Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022
Hong Leong Islamic Asset Management Berhad (HLISM) merangkul 14 daripada 20 anugerah yang dimenangi secara keseluruhan pada Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022.

DUN Sarawak: RUU Hutan (Pindaan) 2022 perkasa ekonomi karbon di peringkat domestik dan global
Jumlah stok karbon sedia ada yang telah dikenalpasti, diukur dan diiktiraf meletakkan Sarawak dalam kedudukan yang baik dalam kalangan ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Treler Terbalik | Pemandu treler muatan tepung maut, kelindan cedera
Seorang pemandu treler yang membawa muatan tepung maut selepas kenderaan yang dipandu terbabas sebelum terbalik ke bahu jalan di kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB), di Gerik, Perak, pagi Khamis. Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7.38 pagi itu turut menyebabkan kelindan treler tersebut mengalami kecederaan.

IMF | Ekonomi Malaysia berkembang 5.75 peratus pada 2022
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) optimis bahawa ekonomi Malaysia akan berkembang sebanyak 5.75 peratus pada 2022, dipacu oleh permintaan dalam negeri yang terpendam dan permintaan luar yang terus kukuh. Ini sejajar dengan unjuran pertumbuhan kerajaan antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus bagi 2022. Ekonomi berkembang 3.1 peratus tahun lalu.

AWANI Ringkas: Sabah catat peningkatan 51 kali ganda kes HFMD
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

IOI Corp sasar tanam durian di kawasan seluas 200 hektar dalam tempoh 5 tahun
IOI Corp mahu meningkatkan hasil minyak perladangan sebanyak 15% menjelang 2024.

IOI Corp tanam nanas, kelapa, kurangkan kebergantungan kepada hasil sawit
IOI Corp juga merancang mempelbagaikan tanaman bernilai tinggi bagi mengurangkan kebergantungan kepada hasil minyak sawit.

Yeo enggan ulas isu pencemaran Pasir Gudang, tumpuan pada Kempen #MyButterflyEffect
Yeo Bee Yin berkata beliau hanya ingin memberikan fokus kepada kempen My Butterfly Effect untuk Pavilion Malaysia sempena Ekspo 2020 Dubai.