Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.
Kebanyakan mereka berpendapat isu berkenaan saling berkait dan ekonomi diri boleh diperbaiki jika dua perkara berkenaan dapat ditingkatkan.
Lepasan Universiti Malaysia Sabah Nur Khairunnisa Omar Baki, 23, berkata beliau berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan khususnya di luar bandar, bagi memberi lebih pilihan kepada belia.
Mengambil contoh dirinya yang akan bergraduasi pada November depan, Nur Khairunnisa berharap dapat bekerja di Kemaman, Terengganu supaya boleh melaksanakan tanggungjawab menjaga keluarga selaku anak sulung.
"Jika dapat bekerja di tempat asal, perbelanjaan seperti menyewa bilik boleh dijimatkan dan digunakan untuk tujuan lain seperti membantu persekolahan adik-adik kerana ayah seorang sahaja yang bekerja sebagai pemandu lori.
"... apatah lagi gaji permulaan pada masa kini juga tidak begitu tinggi. Saya berharap gaji minimum boleh dinaikkan kerana kami juga perlu membayar pinjaman pendidikan selepas bergraduasi," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Pekerja swasta Amir Rozaini Ahmad Rani, 38 tahun, juga berharap lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan supaya anak muda tidak perlu berhijrah ke bandar besar yang sudah pasti lebih tinggi kos hidupnya.
Katanya, kos sara hidup juga memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan termasuk dalam pemberian subsidi minyak kerana perubahan harga bahan api itu memberikan kesan kepada harga barangan lain.
"Kerajaan juga diminta untuk memberi perhatian kepada sistem pengangkutan awam kerana sistem pengangkutan yang efektif dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.
"Ini salah satu cara untuk berjimat selain dapat membantu mengurangkan kesesakan jalan raya dan menjaga alam sekitar," katanya.
Sebagai penduduk Kuantan, Amir Rozaini juga berharap kerajaan akan meneruskan rancangan pembinaan blok baharu wad wanita dan kanak-kanak Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, ekoran kesesakan yang dialami sekarang.
Katanya, pengumuman itu telah dibuat oleh kerajaan terdahulu pada Bajet 2018 dan beliau berharap perkara tersebut diberi perhatian oleh kerajaan sekarang kerana ia adalah untuk kebaikan rakyat.
"Jika ke HTAA, boleh dilihat terlalu ramai pesakit sehingga ada yang perlu ditambah katil. Kesesakan juga menyebabkan berlaku masalah parkir sehingga ada yang meletak kenderaan di jalan besar," katanya.
Anak jati Balok di sini, Shamim Junaidi (eng:he), 30 tahun, berharap kerajaan memperhalusi isu perumahan bagi membolehkan golongan belia membeli rumah pada usia muda yang supaya boleh menikmati tempoh bayaran balik yang lebih panjang.
Beliau yang bekerja dengan syarikat telekomunikasi berharap kerajaan dapat memberi 'berita gembira' kepada rakyat menerusi Bajet 2019 seperti diskaun tol dan pilihan potongan lebih mampu dalam pinjaman pendidikan.
"Kalau tidak boleh berikan diskaun dalam jumlah yang banyak, jumlah yang sedikit juga boleh membantu rakyat yang mungkin kerap perlu menggunakan tol untuk ke tempat kerja setiap hari," katanya.
Bernama
Thu Oct 25 2018

Kerajaan diminta untuk memberi perhatian kepada sistem pengangkutan awam kerana sistem pengangkutan yang efektif dapat menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya. - Gambar fail

LHDN nafi dakwaan buat pusingan U berhubung Program Pengakuan Sukarela
LHDN berkata layanan cukai bagi setiap kes yang diterima dan disemak adalah berdasarkan fakta dan merit kes.

Shahidan Kassim dilantik Pengerusi baharu PR1MA - Zuraida
Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkuat kuasa serta-merta.

AWANI Ringkas: Rasuah | Presiden UMNO mengaku tidak bersalah

Ekonomi Digital | Dua sahabat tubuh platform bantu peniaga wanita
Menyedari kepentingan wanita untuk bangkit khususnya ketika berdepan cabaran pandemik COVID-19, dua sahabat tekad menubuhkan ruang maya beli belah digital pada Mei tahun lalu. Menggabungkan kemahiran dan pengalaman dalam bidang perbankan, platform dikenali sebagai The Artisans Haven digerakkan bagi membantu usahawan wanita memasarkan produk mereka.

Pelajar Carut Guru | Polis kenakan tindakan, keluar saman
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata tindakan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan kecil akan dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Kahwin Bawah Umur | Kes cerai meningkat
Perkahwinan bawah umur bukan sahaja mengekang hak seseorang untuk mendapat pendidikan sebaliknya turut meningkatkan kes penceraian yang disebabkan keganasan rumahtangga dan seksual.

Cucuk Mata Anjing | Warga emas berdepan hukuman penjara atau denda
Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan mencederakan seekor anjing jalanan pada Oktober tahun lepas. Mengikut pertuduhan, Ng Ah Leak, berusia 75 tahun, didakwa menjolok mata kiri anjing berkenaan dengan buluh sepanjang 2.4 meter sehingga menyebabkan haiwan itu menderita dan mengalami kesakitan.

Skim pampasan buat penerima vaksin dengan kesan sampingan serius akan diumum - Khairy
Skim itu akan memberi pampasan ex-gratia kepada kes kesan sampingan serius yang boleh dikaitkan dengan pemberian vaksin COVID-19.

AWANI Ringkas: Tujuh diambil keterangan dakwaan potong barisan vaksin
![[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan [TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894394/26093765221615270766184_640x360.jpg)
[TERKINI] Sidang media perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

Isu pekerjaan, kos sara hidup harapan generasi muda
Generasi muda mahu supaya isu peluang pekerjaan dan kos sara hidup menjadi antara intipati utama kerajaan pada pembentangan Bajet 2019, yang dijadualkan bulan depan.