Skip to main content

Malaysia

Laporan kanser hati bawa wartawan Astro AWANI rangkul tempat pertama Anugerah Media Kesihatan 2026

Wartawan Astro AWANI, Yasmin Ahmad meraih tempat pertama bagi kategori Laporan Berita Terbaik pada Majlis Apresiasi Media Bersama Menteri Kesihatan Tahun 2026, hari ini. - Astro AWANI
Wartawan Astro AWANI, Yasmin Ahmad meraih tempat pertama bagi kategori Laporan Berita Terbaik pada Majlis Apresiasi Media Bersama Menteri Kesihatan Tahun 2026, hari ini. - Astro AWANI

Ringkasan AI

  • Wartawan Astro AWANI, Yasmin Ahmad, memenangi tempat pertama kategori Laporan Berita Terbaik di Majlis Apresiasi Media Bersama Menteri Kesihatan 2026.
  • Laporan beliau menyorot isu kelewatan pengesanan kanser hati di Malaysia dan usaha KKM memperkukuh saringan awal menerusi Pelan Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026–2030.
  • Statistik menunjukkan lebih 80 peratus pesakit kanser hati dikesan lewat, mengehadkan rawatan dan peluang kelangsungan hidup pesakit.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Wartawan Astro AWANI, Yasmin Ahmad meraih tempat pertama bagi kategori Laporan Berita Terbaik pada Majlis Apresiasi Media Bersama Menteri Kesihatan Tahun 2026, hari ini.

Pengiktirafan itu diberikan menerusi laporan bertajuk ‘Lebih 80 peratus kes kanser hati dikesan lewat, KKM perkukuh saringan awal’ yang mengetengahkan isu kelewatan pengesanan kanser hati dalam kalangan pesakit di Malaysia serta usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkukuh saringan awal.

Artikel berkenaan mengupas statistik menunjukkan 86 peratus pesakit lelaki dan 83 peratus pesakit wanita didiagnosis pada peringkat tiga atau empat, sekali gus mengehadkan pilihan rawatan dan mengurangkan peluang kelangsungan hidup.

Laporan itu turut mengetengahkan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Inisiatif Kesihatan Hati Kebangsaan 2026–2030 yang memberi tumpuan kepada saringan bersasar terhadap golongan berisiko tinggi, termasuk individu menghidap diabetes, obesiti serta jangkitan hepatitis B dan C.

Image
Yasmin Ahmad

Menerusi laporan tersebut, Yasmin membawa perhatian kepada kepentingan pengesanan awal dan pendekatan penjagaan kesihatan hati secara bersepadu bagi meningkatkan peluang pesakit mendapatkan rawatan lebih awal.

Anugerah berkenaan disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam majlis yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.

Kemenangan itu turut melayakkan beliau menerima hadiah wang tunai RM1,000 berserta pengiktirafan bagi kategori berkenaan.

Pengiktirafan itu menjadi satu pencapaian bermakna dalam perjalanan kerjaya kewartawanan beliau, selain mencerminkan peranan media dalam menyampaikan maklumat kesihatan yang berimpak dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kesihatan awam.Laporan kanser hati bawa wartawan Astro AWANI rangkul tempat pertama Anugerah Media Kesihatan 2026.

 

Must Watch Video

Advertisement