Skip to main content

Dunia

11 maut dalam nahas bas, trak di Ras Al Khaimah, UAE

Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila sebuah bas penumpang berlanggar dengan sebuah trak di Jalan Al Watan di Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Gambar fail/hiasan
Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila sebuah bas penumpang berlanggar dengan sebuah trak di Jalan Al Watan di Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE). - Gambar fail/hiasan
Advertisement

RAS AL KHAIMAH (UAE): Sekurang-kurangnya 11 orang maut apabila sebuah bas penumpang berlanggar dengan sebuah trak di Jalan Al Watan di Ras Al Khaimah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), lapor Agensi Berita Emirates (WAM) yang memetik Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu memaklumkan bahawa pasukan tindak balas kecemasan segera dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan, bagi menjalankan operasi menyelamat dan kecemasan dengan kerjasama perkhidmatan ambulans, Pertahanan Awam serta pihak berkuasa berkaitan, selain memastikan keselamatan kawasan berkenaan dan mengawal aliran trafik.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa siasatan mengenai keadaan dan punca kemalangan masih dijalankan, dengan hasil siasatan akan diumumkan sebaik sahaja selesai.

Advertisement

-- BERNAMA-WAM

 

Must Watch Video

Advertisement