Skip to main content

Bisnes

Jalinan kerjasama strategik MAGGI dan KPM perkasa kemahiran hidup murid menerusi MSSCC 2026

KMP MAGGI_TB
Ithnin Mahadi (tiga dari kiri) bersama Juan Aranols (dua dari kanan) pada majlis pelancaran MSSCC 2026 di Putrajaya pada Rabu. - Gambar MAGGI
Advertisement

PUTRAJAYA: Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI (MSSCC) 2026 memasuki lembaran baharu apabila buat julung kalinya diperkukuh menerusi jalinan kerjasama strategik antara MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sekali gus memperluas usaha melahirkan generasi muda yang lebih berkemahiran melalui pembelajaran berasaskan kehidupan sebenar.

Memasuki edisi ke-29, MSSCC kini diperluaskan ke semua 16 negeri dengan penyertaan seramai 4,606 murid tahun ini, meningkat 120 peratus berbanding tahun 2025. 

Sejak diperkenalkan pada 1997, pertandingan ini telah memperkasa lebih daripada 350,000 murid sekolah menengah di seluruh negara.

Pertandingan ini menampilkan dua kategori, iaitu Kategori Menengah Rendah dan Kategori Menengah Atas, bagi memberi peluang kepada lebih ramai murid mengasah kemahiran memasak, menerapkan amalan pemakanan sihat serta membangunkan kemahiran hidup praktikal.

Kerjasama melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) itu mengukuhkan lagi MSSCC sebagai platform MAGGI untuk memperkasa generasi muda menerusi kemahiran memasak, amalan pemakanan sihat dan pelbagai kemahiran hidup praktikal. 

Tahun ini, program itu turut diperkaya dengan elemen literasi kewangan bagi melengkapkan pengalaman pembelajaran peserta.

Image
KPM MAGGI_INSERT
Peserta menunjukkan kemahiran memasak dan kreativiti dalam menyediakan hidangan seimbang pada MSSCC 2026 yang turut menerapkan elemen literasi kewangan dan kemahiran hidup. - Gambar MAGGI

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, sokongan rasmi KPM menerusi BSKK menjadi satu detik penting dalam perjalanan program yang telah dianjurkan hampir tiga dekad.

“Buat pertama kali, MAGGI dan Kementerian Pendidikan Malaysia menjalinkan kerjasama strategik rasmi melalui BSKK. Ini menjadikan MSSCC sebuah program yang mendapat sokongan penuh Kementerian Pendidikan Malaysia.

“Tahun ini juga, kami memperkenalkan satu elemen baharu iaitu literasi kewangan. Sangat penting untuk belajar tentang literasi kewangan. Ini selaras dengan Strategi Kebangsaan Literasi Kewangan 2026-2030 atau NS 2.0,” katanya pada majlis perasmian MSSCC 2026 di Putrajaya pada Rabu.

Tambahnya, pendidikan pemakanan juga kekal menjadi tunjang pertandingan menerusi penerapan konsep Pinggan Sihat Malaysia, Suku-Suku-Separuh bagi membentuk tabiat pemakanan seimbang sejak usia muda.

“Kami percaya tabiat sihat bermula di dapur dan memasak secara seimbang membantu membina masa depan yang lebih sihat. Semoga MSSCC 2026 menjadi titik permulaan kepada generasi muda Malaysia yang lebih sihat, lebih yakin dan lebih bersedia menghadapi masa depan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa komitmen MAGGI untuk memperkasa generasi muda kekal utuh selepas hampir tiga dekad penganjuran program itu.

“Komitmen kami kekal sama, membantu generasi muda mempelajari kemahiran memasak serta menghargai warisan dan cita rasa negara kita,” jelasnya.

Image
KPM MAGGI_INSERT
Kerjasama berpasukan menjadi antara aspek utama dalam MSSCC 2026, sejajar usaha memupuk kemahiran hidup praktikal, pengurusan bajet dan budaya pemakanan sihat. - Gambar MAGGI

Majlis perasmian MSSCC 2026 turut dihadiri Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia, Ithnin Mahadi.

“Melalui elemen Literasi Kewangan, murid bukan sahaja dinilai berdasarkan kreativiti dan kualiti masakan, malah turut diasah keupayaan mereka merancang bajet, mengira kos serta membuat keputusan kewangan yang bijak.

“Saya berharap pertandingan ini menjadi platform untuk pelajar belajar, mencabar diri dan membina keyakinan,” ujarnya. 

Sepanjang Julai dan Ogos, pertandingan itu akan menjelajah ke seluruh negara bagi memilih chef muda terbaik sebelum mereka berentap pada Pusingan Akhir Kebangsaan di Melaka dari 28 hingga 30 September.

Must Watch Video

Advertisement