awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jeffrey Cheah letak jawatan Pengerusi Sunway REIT Management

Bernama
Bernama
29/09/2016
14:20 MYT
Jeffrey Cheah letak jawatan Pengerusi Sunway REIT Management
Sunway REIT Management Sdn Bhd, hari ini mengumumkan Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebasnya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling, akan meletak jawatan tersebut berkuat kuasa 30 Sept, 2016. - Gambar fail
Sunway REIT Management Sdn Bhd, hari ini mengumumkan Pengerusi Bukan Eksekutif Bukan Bebasnya, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling, akan meletak jawatan tersebut berkuat kuasa 30 Sept, 2016.
Menurut kenyataan pengurus Sunway Real Estate Investment Trust (Sunway REIT)itu, pihaknya melantik Tan Sri Ahmad Mohd Don, yang kini sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Bebas Kanan syarikat, sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas, berkuat kuasa 1 Okt, 2016.
"Perubahan daripada pengerusi bukan bebas kepada pengerusi bebas itu adalah seiring dengan usaha pengurus REIT tersebut untuk terus meningkat amalan terbaik tadbir urus korporat, yang selaras dengan prinsip dan saranan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia 2012," katanya.
Menurutnya, perkembangan terbaharu itu juga akan menyaksikan lembaga pengarah pengurus REIT itu tersebut daripada tujuh pengarah, dengan nisbah pengarah bebas kepada pengarah bukan bebas sebanyak 3:4.
Selain itu Sunway REIT Management berkata, ia turut melantik Sarena Cheah Yean Tih sebagai anggota Jawatankuasa Imbuhan dan Jawatankuasa Pencalonan berkuat kuasa 1 Okt, 2016 bagi menggantikan Cheah.
Cheah, pengasas dan pengerusi semasa konglomerat Sunway Group, berkeyakinan bahawa pengurus REIT itu akan terus menjalankan komitmen untuk pemegang unit di bawah kepimpinan Ahmad Don. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Mohd Don
#Jeffrey Cheah Fook Ling
#Sunway Real Estate Investment Trust
#Sunway REIT Management Sdn BJd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan