awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jiwa SME 2025: Usahawan sosial pacu komuniti, kraf Batu Lunguyan diangkat

Astro Awani
Astro Awani
30/07/2025
02:30 MYT
Jiwa SME 2025: Usahawan sosial pacu komuniti, kraf Batu Lunguyan diangkat
Para pemenang sesi Pentas Jual Jiwa SME Sabah 2025 bergambar bersama wakil Astro AWANI dan Unifi Business selepas diumumkan sebagai Penyertaan Terbaik dan Penyertaan Berpotensi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Edisi Sabah bagi siri Jelajah Jiwa SME 2025 melabuhkan tirainya dengan menonjolkan peranan penting perusahaan sosial sebagai ejen perubahan yang mengangkat suara dan potensi komuniti luar bandar.
Dengan kehadiran lebih 5,000 pengunjung sepanjang dua hari penganjuran di Imago Shopping Mall, pendekatan berimpak sosial menjadi nadi utama edisi kali ini yang menyaksikan penyertaan aktif pelbagai usahawan dari pelosok Sabah.
Menurut Penolong Kanan Naib Presiden, Perkhidmatan Kandungan Astro AWANI, Zaiful Ariffin, keunikan penganjuran di Sabah terserlah menerusi kerjasama strategik bersama Persatuan Usahawan Sosial Sabah (SOSEA) dalam memperkasakan komuniti pedalaman.
xxx
Zaiful Ariffin ketika menyampaikan ucapan perasmian yang menekankan kepentingan perusahaan sosial sebagai pemacu komuniti di Sabah.
“Hasil daripada hubungan strategik kita dengan SOSEA, kita dapat mengenal pasti komuniti di kawasan pedalaman yang memiliki keupayaan menghasilkan pelbagai produk seperti kraf tangan.
“Jiwa SME memperjuangkan social enterprise ini supaya bukan sahaja usahawan biasa yang diberi perhatian, tetapi juga mereka yang membantu masyarakat di peringkat kampung dan daerah untuk turut berkembang,” katanya.
Antara perusahaan sosial yang mencuri tumpuan ialah Kraf Tangan Batu Lunguyan dari Kampung Batu Lunguyan, yang dinobatkan sebagai Penyertaan Terbaik bagi segmen “Pentas Jual” edisi Sabah.
Pengurusnya, Renny Jeneble berkata kemenangan tersebut menjadi pemangkin semangat kepada seluruh komuniti kraf tangan di kampung berkenaan.
“Saya bersyukur dan tidak menyangka akan memenangi Jiwa SME kerana ini merupakan penyertaan pertama kami.
“Kemenangan ini bukan untuk saya seorang tetapi untuk komuniti Kraf Tangan Batu Lunguyan,” katanya.
xxx
Juri profesional ketika menilai sesi pitching Pentas Jual yang menjadi tumpuan utama program Jiwa SME di Imago, Kota Kinabalu.
Sementara itu, dua lagi syarikat iaitu Ken Chong Food Industries Sdn Bhd dan Cyber Vision Enterprise turut menerima pengiktirafan sebagai Penyertaan Berpotensi, hasil pembentangan mereka di platform “Pentas Jual”.
Jiwa SME 2025 kini bersedia meneruskan jelajah ke lokasi seterusnya Kelantan, yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini bertempat di Mydin Mall, Kota Bharu.
Maklumat lanjut mengenai lokasi dan penyertaan boleh didapati di laman sesawang rasmi: www.jiwasme.com.my
xxx
Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Imago Shopping Mall bagi menyertai pelbagai aktiviti keusahawanan, demonstrasi produk dan sesi pentas bual anjuran Jiwa SME 2025.
Topic Berkaitan
#JIWA SME 2025
#PMKS
#usahawan sosial
#Zaiful Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan