awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Joe Biden, Kevin McCarthy akhirnya capai persetujuan naik had siling hutang AS

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2023
03:23 MYT
Joe Biden, Kevin McCarthy akhirnya capai persetujuan naik had siling hutang AS
Joe Biden (kiri) dan Kevin McCarthy mencapai perjanjian tentatif untuk menaikkan paras siling hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak 31.4 trilion dolar Amerika. - Foto/REUTERS
KUALA LUMPUR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Speaker Dewan Perwakilan, Kevin McCarthy mencapai perjanjian tentatif untuk menaikkan paras siling hutang Kerajaan Persekutuan sebanyak 31.4 trilion dolar AS.
Perkara itu diumumkan oleh McCarthy pada Sabtu, sekali gus menamatkan kebuntuan selama berbulan-bulan berhubung perbincangan mengenai had siling hutang negara itu.
Jelas McCarthy, secara dasar persetujuan telah dicapai hasil perbualan telefon bersama Biden selepas rundingan berminggu-minggu.
"Kami masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan, tetapi saya percaya ini adalah perjanjian pada dasarnya yang layak untuk rakyat Amerika.
"Ia mempunyai pengurangan bersejarah dalam perbelanjaan, reformasi yang akan mengeluarkan orang ramai daripada kemiskinan ke dalam tenaga kerja, mengekang tindakan melampau kerajaan, tiada cukai baharu, tiada program kerajaan baharu, serta banyak lagi dalam rang undang-undang," katanya seperti dilapor Reuters.
Perjanjian itu dijangka meningkatkan had hutang selama dua tahun, selain mengehadkan perbelanjaan dalam tempoh tersebut termasuk beberapa keperluan kerja tambahan untuk program untuk golongan miskin.
Siling hutang AS ditetapkan secara undang-undang dan hanya boleh dinaikkan melalui proses legislatif di Kongres serta ditandatangani oleh Presiden.
Dewan Perwakilan yang didominasi wakil rakyat pembangkang daripada Parti Republikan, mengundi pada April lalu dan bersetuju menaikkan had siling hutang negara tetapi dengan syarat pentadbiran Biden memotong perbelanjaan yang mereka anggap keterlaluan.
Topic Berkaitan
#Had siling hutang AS
#Joe Biden
#berita luar negara
#Speaker Dewan Perwakilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan