ISKANDAR PUTERI: Johor muncul sebagai penyumbang terbesar kepada jumlah perdagangan negara bernilai RM247.592 juta bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata sumbangan Johor daripada segi perdagangan dan pelaburan adalah penting bagi pertumbuhan ekonomi negara.
"Kedua-dua perdagangan dan pelaburan (Johor) adalah penting dan daripada segi sumbangan Johor untuk perdagangan, kedudukannya naik nombor satu iaitu 30 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia," katanya.
Tengku Zafrul berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI) di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Kota Iskandar, di sini, pada Khamis.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Malaysia mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM842.795 juta bagi tempoh Januari sehingga April tahun ini.
Bagi tempoh yang sama tahun lepas, Johor berada di tempat ketiga daripada segi jumlah perdagangan di belakang Selangor dan Pulau Pinang.
"Mesyuarat hari ini juga membincangkan fokus akan datang iaitu industri tenaga boleh diperbaharui (RE) dan tenaga kerja, justeru pelabur-pelabur dan syarikat-syarikat diminta memberi tumpuan kepada dua aspek ini," katanya.
Selain itu, beliau turut memuji prestasi dan penyelarasan serta kerjasama agensi persekutuan dan kerajaan negeri dalam memastikan semua pelaburan di negeri Johor yang diumumkan, berjaya dilaksanakan.
"Contohnya apabila pelabur datang, kadang-kadang ada (projek) yang tidak dapat dilaksanakan tetapi di Johor ini, berdasarkan 'track record' (rekod pencapaian) hampir 98 peratus projek yang diumumkan telah dapat dilaksanakan," kata Tengku Zafrul.
Sementara itu, Onn Hafiz menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pelaburan, Perdagangan Dan Industri (MITI) dan agensi persekutuan serta negeri yang terlibat dalam memastikan pelaburan di Johor dalam tahap terbaik.
Ia juga dapat dilihat apabila negeri itu turut mencatatkan eksport tertinggi dalam negara bagi tempoh Januari hingga April tahun ini, katanya.
"Kerjasama antara MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan agensi-agensi di bawah kementerian bersama dengan agensi-agensi di peringkat negeri seperti Invest Johor dan pihak berkuasa tempatan yang banyak menyumbang kepada angka pelaburan ini.
"Nilai eksport terus meningkat kerana pelabur-pelabur hendak lihat daripada segi kecekapan, bagaimana kita membantu mereka kerana time is money," katanya lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kanan) berbincang sesuatu dengan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto BERNAMA
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
AWANI 7:45 [04/05/2024] – Warisi banyak hutang | Terhempas di kawasan ladang | Keadaan cuaca tidak menentu | Pergaduhan dua kumpulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Wan Azizah ingatkan ahli PKR bersatu teruskan perjuangan parti
Dr Wan Azizah berkata peringatan tersebut penting kerana perpecahan boleh merosakkan parti yang ditubuhkan dengan semangat reformasi itu.
KBS masih kenal pasti lokasi sesuai bina velodrom terbuka - Hannah
Sukan berkenaan merupakan antara yang menyerlah serta menyumbang pingat di kejohanan dalam dan luar negara.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Cabang eksekutif harus putuskan untuk keluarkan perkataan 'negeri' daripada DUN Sarawak - Speaker
Cabang eksekutif Sarawak harus memutuskan sama ada mengeluarkan perkataan 'negeri' daripada Dewan Undangan Negeri Sarawak, kata Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon Bebas lancar manifesto, kemuka 20 tawaran
Calon Bebas Nyau Ke Xin hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang mengandungi 20 tawaran.
Pusat dialisis Perkeso di Pulau Pinang hujung tahun ini
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal membuka sebuah pusat dialisis di Pulau Pinang menjelang hujung tahun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
RISDA usaha selesaikan 12,385 hektar kebun getah tidak bertoreh tahun ini
Hal ini bertujuan untuk memajukan semula sektor itu, selain membantu penoreh getah meningkatkan pendapatan mereka.
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Genting Malaysia nafi bincang mengenai kasino di Forest City
Genting Malaysia Bhd (Genting Malaysia) hari ini menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.